Pertubuhan haram yang kononnya dibuat untuk memperjuangkan pilihanraya adil, BERSIh kini makin jauh terpesong dan jadi kuda pembangkang selepas mengumumkan akan menganjurkan satu lagi perhimpunan anti kerajaan.
Dengan menggunakan alasan tindakan terhadap 1MDB, Pengerusinya, Maria Chin berkata, himpunan kali ini adalah untuk menuntut tindakan lanjut mengenai 1MDB.
"Kami akan ganjurkan perhimpunan BERSIH 5 untuk memberi tekanan kepada akauntabiliti dan tindakan lebih besar.
"Tarikh dan butiran perhimpunan BERSIH 5 akan diumumkan dalam masa terdekat ...," katanya.
Kali terakhir BERSIH mengadakan perhimpunan hampir mencetuskan pergaduhan selepas beberapa peserta memijak gambar pemimpin UMNO dan PAS.
Himpunan pada 31 Ogos lalu itu juga menyaksikan hanya dihadiri oleh penyokong-penyokong DAP walaupun turut disertai Tun Mahathir Mohamad.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/bersih-nak-berdemo-lagi-pasal-1mdb-pulak.html
No comments:
Post a Comment