
YANG mahukan negara kita bergerak menjadi sebuah negara maju adalah rakyat negara ini sendiri. Namun, kesalnya apabila rakyat yang mahu negara ini maju sebaliknya pemikiran sendiri tidak pula mahu dimajukan? Apa maksud penulis?
Mana tidaknya, rata-rata kebanyakan rakyat di negara ini mudah sangat terpengaruh dengan pihak-pihak tertentu yang siang malam berusaha mempengaruhi mereka supaya membenci kerajaan sedia ada.
Tidak cukup mereka gunakan media sosial yang percuma, laju dan mudah ini, pihak-pihak berhati busuk ini turut menggunakan pelbagai saluran media di dalam mahupun luar negara yang kebanyakannya perlu dibayar dengan harga yang begitu tinggi.
Mungkin itu kerja mereka untuk menghasut rakyat untuk membenci pemimpin dan kerajaan, tetapi yang menjadi masalahnya pula para rakyat di negara ini yang terpengaruh sangat terhadap hasutan itu kenapa? Sebab itu penulis sarankan agar mereka yakni rakyat yang terlibat untuk memajukan pemikiran masing-masing.
Cari dan analisis dahulu berita yang disampaikan di dalam mana-mana media tidak kira sama ada yang berbayar atau pun percuma. Jangan terus mempercayai apa saja yang diperkatakan termasuklah daripada seorang yang bergelar Negarawan sekali pun. Kerana apa? Kerana status Negarawan tak bermaksud dia terlepas dari berbuat dosa, pembohongan dan fitnah di akhir usianya.
Apa yang harus rakyat tahu adalah, segala serangan dan perancangan meracuni pemikiran rakyat dari pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini hanyalah kerana mereka cemburu terhadap kekuatan, kepintaran dan keupayaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memimpin negara dan rakyat jelata.
Pihak ini sedar bahawa Najib Tun Razak dengan mudahnya dapat menjadi seorang Perdana Menteri yang mampu menepis apa jua fitnah dan rintangan dalam memacu negara dan kerajaan. Mereka juga tahu, Perdana Menteri sekarang ini akan semakin kuat sebagai seorang pemimpin negara sekiranya tidak dijatuhkan dalam masa terdekat walau menggunakan apa pun cara yang termampu.
Jika tidak, masakan pihak pembangkang dan “pihak-pihak tertentu” ini bergandingan bersama dari segi kewangan, idea fikiran, jentera dan gerak saraf menyerang musuh yang satu iaitu Najib Tun Razak.
Walaupun dihujani dengan pelbagai musuh dari pelbagai sudut dan jenis “peluru”, Najib Tun Razak masih mampu mempertahankan kedudukannya sekarang ini dengan senyuman manisnya dan “stay cool”.
Ini juga menyebabkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini berasa bertambah “panas hati” kepada Najib Tun Razak dan bermati-matian akan menggunakan apa jua cara supaya Perdana Menteri dapat digulingkan.
Oleh yang demikian, jika rakyat mahukan negara kita menjadi sebuah negara maju, terlebih dahulu majukan pemikiran sendiri dan kekalkan kuasa yang sedia ada. Jika tidak, siapapun tidak boleh memberi jaminan bahawa negara kita akan berjaya menjadi sebuah negara maju. –Tv14
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/mengapa-kumpulan-anti-najib-dengkikan.html
No comments:
Post a Comment