Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 29 August 2016

BUKAN DAP SAHAJA, MEREKA JUGA MUSUH UMNO DAN PENGGERAK PRIBUMI BERSATU



Mahathir kita sudah tahu peranan dia dalam komplot konspirasi jahatnya bersama 4 orang bergelar "Tan Sri" untuk menjatuhkan kerajaan dan PM. Tapi apa yang perlu kita perhatikan disini adalah penggerak di belakang tabir konpirasi jahat tersebut dari awal sehingga parti Pribumi Bersatu ditubuhkan.

Apa yang kita tahu, Pribumi Bersatu dikatakan mempunyai agenda untuk membawa orang melayu masuk ke dalam kancah politik kebencian yang selama ini diamalkan oleh DAP, PAN dan PKR.

Kalau dilihat satu persatu watak dan peranan orang kanan Mahathir yang berada dibalik tabir gerakan ini yang juga mastermind dalam mempromosikan dan membentuk Bersatu, kita telah dibayangi dari dulu lagi bahawa mereka sememangnya Protun dan kecenderungan itu terserlah bila mereka menulis, berpersatuan, berkata-kata dan bergaul sesama ahli Umno dan masyarakat yang lain.

Namun mereka ini mempunyai jawatan dan pernah duduk di dalam kerajaan Mahathir, malah Abdul Aziz Yassin juga adalah abang kepada Muhyiddin yang juga Presiden Mubarak untuk penggal ini iaitu sesi 2014-2019. Status sebagai bekas wakil rakyat dan abang kepada Muhyiddin ini memberikannya ruang untuk menggunakan pengaruh politik bagi mencari dana dan kekuatan sokongan walaupun usaha tersebut tidak dijelmakan dialam nyata.

Pengaruh yang mereka ada inilah yang cuba dimanipulasi untuk meningkatkan momentum sokongan kepada parti Bersatu. Kemungkinan besar ahli-ahli Mubarak juga turut diheret sekali ke dalam politik ciptaan Mahathir ini selepas orang kuat mereka dan nama yang bakal dijulang sebagai PM Malaysia seterusnya iaitu Muhyiddin dipecat dari kerajaan dan Umno.

Daim Zainuddin yang pernah kita kenal adalah jutawan segera dan antara yang paling muda mempunyai kekayaan yang amat luar biasa semasa pemerintahan Mahathir kerana dapat "anugerah" dari setiap "projek". Kekayaan yang diperolehi bila-bila masa akan "dicurahkan" kepada parti baru itu untuk membeli pemimpin dan ahli Umno yang mahu menjual perjuangan mereka. Daim juga berperanan sebagai "penasihat" kepada Mahathir dari dulu hingga kini.

Shahbudin Hussin pula orang kuat Mahathir dalam mencipta propaganda dalam media massa mahupun media sosial. Latarbelakang sebagai seorang wartawan dan penulis membolehkan dia menulis dan bercakap bagi pihak Mahathir dan kroninya. Hubungan rapatnya dengan portal berita lidah pembangkang seperti Malaysiakini, Freemalaysiatoday dan Sarawak Report menyerlahkan lagi peranannya sebagai yang sering mengkritik kerajaan. Kegagalan dalam politik selepas era Mahathir membuatkan Shahbudin "tiada job" dan mengambil keputusan untuk bersama Mahathir mengkritik kerajaan Pak Lah dan Najib.

Tamrin Ghafar juga antara individu yang kecewa selepas mahu menggunakan kedudukan sebagai anak Timb Perdana Menteri untuk mendapatkan jawatan dalam Umno namun perjuangannya hanya sekadar nama dan mengharapkan ganjaran dan kedudukan dari Umno membuatkan Tamrin ditolak.

Karier politiknya bermula dari Umno kemudian melompat ke PAS dan kemudiannya cuba berbaik dengan PKR dan sekarang sedang mengadu nasib dengan kepimpinan Bersatu. Dia sebenarnya orang yang tiada prinsip perjuangan manakala masuk keluar parti adalah tabiatnya untuk mendapatkan habuan setelah tiada langsung kejayaan yang dikecapi sepanjang hidupnya.

Apa yang Mahathir tidak sedar adalah dia melakukan dengan tepat apa yang Najib mahu dia lakukan. Sebab itulah Najib hanya berdiam diri selama dia diserang. Pengkritik Najib mengatakan bahawa Najib mesti bersalah jika dia hanya berdiam diri. Kebenarannya adalah tindakan berdiam diri adalah terbaik untuk Najib dan tidak baik untuk Mahathir.

Bukan mudah untuk Najib menolak fitnah dan persepsi liar dari pihak Pro Tun. Posisi buruk yang ditunjukkan Mahathir adalah suatu gambaran kepada apa yang dia ada selama ini. Inilah akibatnya seseorang pemerintah atau ketua negara dapat memegang kuasa begitu lama, rakyat sukar dan akan cuba menolak corak pemerintahan yang dianggap terkeluar dari batasan yang telah diterapkan oleh pemimpin mereka selama ini walaupun ianya baik dan lebih memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/bukan-dap-sahaja-mereka-juga-musuh-umno.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...