Ada seorang bekas Pengerusi Lembaga Penasihat sebuah syarikat. Sekarang ni dah bersara dah.. Dah lama gak la dia bersara. Tapi dia masih lagi dok ikut perkembangan syarikat tu...
Baru-baru ni, dia tuduh kata duit syarikat tu "hilang"... Lepas tu dia sengaja timbulkan persepsi mengatakan duit yang "hilang" tu kononnya masuk dalam poket Pengerusi Lembaga Penasihat yang baru... kecoh jugak la dibuatnya...
Lepas kecoh, maka tuduhan tu pun disiasat badan-badan bebas... Lama jugak la siasat.. maklum la yang siasat tu pun bukan kecik-kecik anak punya siasat.. korek sampai ke oversea bagai.. kira deep la investigation tu...
Lepas habis siasat, hasilnya negatif. Pengerusi Lembaga Penasihat tu tak lakukan apa-apa kesalahan pun. Maka bertambah kecoh la jadinya... tuduh pulak kata pihak yang siasat tu makan dedak.. konon hasil siasatan tak betoi..
Itu senario yang berlaku. Secara adil, saya berpendapat bahawa memang betoi pun Pengerusi Lembaga Penasihat tu tak bersalah apa-apa. Dah tak bersalah, takkan la nak tetap tuduh dia bersalah pulak? Tak adil la macam tu...
Kat negara kita, kita pakai konsep "innocent until proven guilty". Walau pun yang tuduh tu bekas Pengerusi Lembaga Penasihat yang popular dan hebat, tak semestinya tuduhan dia tu betoi-betoi belaka. Dia mungkin hebat di zamannya, tapi bila dok kat luar, tak semestinya dia tau semua dan betoi semuanya...
Sekarang ni, bekas Pengerusi Lembaga Penasihat tu akui zaman dia pun duit hilang jugak, tapi tahu ke mana duit tu hilang.
Pada saya, duit di zaman dia tak hilang pun. Itu dipanggil "rugi" dan ia menyebabkan duit tu hilang. Rugi tu mungkin disebabkan penyelewengan, rasuah, salah pilih niaga dan faktor-faktor lain yang tak dapat dielak dari mengalami kerugian. Standard la bila berniaga...
Duit syarikat tu sebenarnya tak hilang jugak pun zaman sekarang ni. CEO syarikat tu sampai berbuih mulut bersoal jawab dalam siasatan-siasatan. Lepas tu berbuih mulut pulak pi jelaskan kat orang ramai menegaskan fakta-fakta sebenar yang berlaku...
Tapi tak tahu la pasai apa, sama jugak dengan hasil-hasil siasatan yang dijalankan, penjelasan CEO tu pun depa takmau terima. Kononnya bekas Pengerusi Lembaga Penasihat tu betul dan tuduhan duit hilang tu betul....
Saya suka rujuk pada hukum Islam terlebih dahulu. Jika nak tuduh orang berzina, maka kena ada bukti sebab tuduhan tu berat dan melibatkan maruah. Jika tuduh orang mencuri pun libatkan maruah jugak walaupun tak seberat tuduhan zina...
Dalam tuduhan zina, jika tuduhan tu merupakan tuduhan palsu, maka yang menuduh tu layak dikenakan hukuman. Tuduh orang mencuri pulak, mungkin la tak sampai ke tahap tu, tapi memfitnah si polan dan si polan itu mencuri, hukumnya tetap berdosa besar, - dosa fitnah.
Jadi pendirian saya, lebih baik berlapang dada. Bila didapati tak bersalah dan takdak pun duit yang hilang, (mungkin kalau ada pun hanyalah "rugi"), maka terimalah hakikat tu. Jika sesiapa tak puas hati, nanti boleh cabar keputusan tu di akhirat, sebab depan Allah nanti sebesar zarah pun takkan terlepas.. itu confirm betul!
Jadi saya harap, sebagai orang Islam , kita gunakan fikiran yang waras sebelum buat apa-apa keputusan. Janganlah sebab kita pernah termakan budi dengan dia maka kita akan kata dia betul walau pun sebenarnya apa yang dia kata tu tak betul pun sebenarnya... Wallahu'alam...
No comments:
Post a Comment