PENULIS simpati dengan Muhyiddin sekarang, nampak macam hasratnya untuk menerajui Pakatan melalui parti Pribumi Mahathir, mungkin hanya tinggal impian.
Ini setelah berderet pemimpin Pakatan mengeluarkan kenyataan belum bersedia untuk menggantikan Azizah sebagai Ketua Pembangkang dengan sesiapa yang lain – Muhyiddin termasuklah tu.
Walhal sebelum ni ada suara-suara dari pihak yang sama mahu Muhyiddin menjadi Ketua Pembangkang dan Perdana Menteri sementara menantikan Anwar bebas dari penjara.
Sekarang tukar cerita lain nampaknya.
Ironinya, sebelum dipecat dari UMNO, Muhyiddin sering mengadu dilayan macam tunggul kayu, bila dah disepak keluar dan menubuhkan parti baru, Pakatan pulak layan dia macam bola. Kejap macam nak angkat dia jadi ketua, lepas tu tak jadi pulak dan sebagainya.
Walhal dah banyak yang dikorbankan Muhyiddin untuk sampai ke tahap ini tapi hasilnya tak seperti yang diharapkan.
Penulis berpandangan, masalahnya bukan dengan Muhyiddin tapi dengan Mahathir. Muhyiddin mungkin boleh jadi apa bentuk yang pembangkang nak dia jadi tapi masalah akan timbul bila Mahathir masuk campur. Lagipun semua orang tahu Muhyiddin disitu (Presiden Pribumi) bukan kerana dia layak, tapi kerana Mahathir hendak.
Bukan mudah nak berurusan dengan Mahathir dan semua orang Pakatan tahu itu.
Kalau tak boleh mengetuai Pakatan, boleh ke parti Pribumi Mahathir ini bersendirian menang pilihanraya? Itu pulak persoalannya. Pribumi Mahathir ni parti rasis, hanya Melayu dan bumiputera saja boleh jadi ahli – idea ni dah terbukti tak boleh berjaya, melainkan bergabung dengan parti-parti berasaskan kaum yang lain.
Muhyiddin sendiri itupun ada banyak isu yang bertentang dengan pembangkang dan masih belum ada titik pertemuan. Isu-isu macam Akta Hasutan yang mana dia adalah penyokong kuatnya berbanding dengan Pakatan yang mahu Akta itu dihapuskan.
Apa pun, good luck kepada Muhyiddin dengan jalan yang dia sendiri pilih.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/dalam-umno-jadi-tunggul-dalam-pakatan.html
No comments:
Post a Comment