Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 20 August 2016

Tun M Tolong Zip Mulut, Beri Najib Peluang Tadbir Negara



JANDA BAIK – Penulis buku politik veteran, Syed Hussein Al-Attas menyarankan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ‘zip mulut’ membuat ‘serangan’ terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia susulan tindakan Tun M yang dilihat sejak kebelakangan ini asyik lantang bersuara mengenai hal pentadbiran kepimpinan negara sehingga boleh memburukkan lagi persepsi dan imej baik negara kita di mata dunia.

Sehubungan itu, Syed Hussein telah menerbitkan buku ke-74 hasil tulisannya yang berjudul Dosa-Dosa Che Det yang mana ia menyenaraikan beberapa ‘dosa’ yang pernah dilakukan Tun M sepanjang 22 tahun pemerintahannya.

PENULIS BUKU POLITIK VETERAN, SYED HUSSEIN AL-ATTAS

“Tolong zip dia (Tun M) punya mulut. Anda (Tun M) merupakan kegagalan terbesar dalam sejarah politik Malaysia. Anda patut berasa malu. (Dia sepatutnya) beri Najib peluang kesempatan (mentadbir negara).

“Hari ini orang cerita tentang apa yang Najib buat saja. Sekarang kita kena tengok apa yang Mahathir dah pernah buat pula dulu masa dia memerintah negara ini.

“Saya tak berani kata dia (Tun M) berdendam. Dia rasa kalau orang itu boleh rosakkan dia, ubah nasib dia (dalam politik), dia akan ‘bunuh’ orang itu,” kata Syed Hussein kepada pemberita tempatan.

Beliau meluahkan kenyataan tersebut ketika ditemui MYNEWSHUB semasa majlis pelancaran buku terbaharu nukilannya bertajuk Dosa-Dosa Che Det di kediamannya di sini pada Khamis.

Buku genre politik tanah air dan lengkap merekodkan segala peristiwa penting yang pernah terjadi sepanjang 22 tahun Tun M memerintah negara itu kini dijual di pasaran pada harga RM100 senaskhah.

Menafikan dia dibayar oleh mana-mana pihak untuk menerbitkan buku tersebut, sebaliknya menyatakan tujuannya menulis buku itu hanyalah untuk memberi kesedaran kepada penduduk Malaysia.

Syed Hussein bahkan bertegas mahu ‘mendidik’ rakyat Malaysia secara jujur agar dapat melihat suasana politik semasa dalam perspektif yang berbeza selepas selesai membaca buku tulisannya tersebut.

Buku setebal 625 halaman itu mengandungi 50 bab yang mana kesemuanya mendokumentasikan perjalanan karier Tun M sepanjang memerintah negara dari 1981 hingga 2003. – MYNEWSHUB.CC

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/tun-m-tolong-zip-mulut-beri-najib.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...