Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday 27 August 2016

Demi Membela DAP, G25 Tuduh Mufti Pahang Aliran Militan IS



Demi membela DAP, kumpulan G25 menuduh Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman mempunyai fahaman sealiran dengan militan IS (Islamic State).

“Yang terlalu membimbangkan, tuduhan mufti Pahang ini adalah sama dengan seruan kumpulan militan seperti Islamic State (IS), yang menggunakan agama sebagai alat pengganasan mereka untuk merampas kuasa dan mendirikan sistem kerajaan mengikut fahaman Islam ekstremis.

“Mengikut kumpulan seperti ini, adalah halal mengambil darah orang agama lain atau mereka yang mempunyai fikiran lain tentang Islam. Kefahaman ini sangat merbahaya bagi negara kita yang berbilang kaum dan agama dan justeru itu, pihak kerajaan khususnya polis perlu mengambil tindakan keras dengan segera.

“Berasas kepada fakta-fakta di atas, G25 meminta pihak berkuasa khususnya pihak Polis memandang serius terhadap kenyataan Mufti Pahang ini. Kami berharap kenyataan yang negatif yang boleh mengundang provokasi di antara kaum dan agama seperti ini tidak berulang lagi di negara kita yang tercinta ini,”kata G25 dalam satu kenyataan.

G25 yang merupakan kumpulan bekas penjawat awam sebelum ini pernah mencadangkan pemansuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pemindaan hukuman terhadap perbuatan berkhalwat yang didakwa melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merupakan penyokong kuat G25 dan pernah menganjurkan forum bersama dengan NGO itu bertajuk “Forum G25 : Maqasid Syariah Dalam Demokrasi Perlembagaan ? “di Olive Tree Hotel, Bayan Lepas, Pulau Pinang, pada 31 Oktober 2015.

Guan Eng juga merupakan Setiausaha Agung DAP.

Justeru itu, G25 menolak pendapat Mufti Pahang yang mengatakan bahawa DAP adalah kafir harbi.

“Nyata sekali DAP adalah sebuah parti politik yang sah dan halal di sisi perlembagaan negara. Menuduh parti ini kafir harbi yang pula kalaulah dilihat secara literal dan sepintas lalu boleh membawa maksud kepada parti yang derhaka kepada negara bangsa tanpa fakta-fakta secara holistik dan konkrit.

“Justeru kerana itu, tuduhan demikian adalah suatu tuduhan yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab,”kata G25 lagi.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/demi-membela-dap-g25-tuduh-mufti-pahang.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...