Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 2 August 2016

Kedudukan Azmin tergugat jika bubar DUN



KUALA SELANGOR – Kedudukan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bakal tergugat jika beliau membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, memang tidak dinafikan jika mengikut perlembagaan sudah mencukupi tempoh tiga tahun dan bergantung kepada kerajaan negeri sama ada mahu membubarkan dun lebih awal atau sebaliknya.

“Bagaimanapun biarlah pilihan raya dilaksanakan serentak sebab boleh menjimatkan duit rakyat…jangan disebabkan kepentingan politik, sanggup nak buat pilihan raya lebih awal.

“Contohilah kerajaan Kelantan, sehingga kini kerajaan negeri itu tidak ego dan tetap ikut melaksanakan pilihan raya serentak seluruh negara dan terbukti masih kukuh di bawah kubu Pas,” katanya.

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjelaskan, contohi pendekatan bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid yang lebih ‘cerdik’ membubarkan DUN serentak seluruh negara.

“Janganlah kelam kabut dan disebabkan kedudukan tergugat disebabkan hilang sokongan rakyat dan parti sehingga sanggup mahu bubar DUN untuk kepentingan politik.

“Saya percaya jika pilihan raya berlaku, ini membuktikan Azmin tidak yakin dengan kedudukannya dan tidak mendapat sokongan padu parti…kalau tidak kenapa perlu berlaku pilihan raya kecil di Kajang?

“Jika benar ini berlaku, jelas membuktikan kedudukan ‘standard’ menteri besar itu lebih rendah,” katanya ketika diminta mengulas lanjut ura-ura kerajaan negeri mahu mempercepatkan pembubaran DUN.

Sebelum ini, pelbagai isyarat mula menunjukkan Selangor ‘berhasrat’ untuk bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengumumkan pembubaran DUN bagi menyelesaikan kemelut dalaman Pakatan Harapan.

Selain itu, mengulas lanjut mengenai isu dakwaan penukaran status tanah di Paya Indah Wetland dari pertanian kepada kawasan pembangunan, Noh menegaskan, kerajaan negeri tidak sewajarnya mendiamkan diri.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang itu menjelaskan, Menteri Besar Selangor perlu memberikan penjelasan dan menepis tuduhan ahli PKR itu dengan bukti kukuh.

“Isu itu bukannya dibangkitkan Umno tapi ahli PKR sendiri namun dalam soal ini, Azmin masih terus membisu dengan tuduhan yang disebarkan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.

“Saya juga berharap Badrul Hisham atau dikenali sebagai Chegubard supaya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mengumpul segala bukti yang ada.

“Saya harap Chegubard tidak berhenti begitu sahaja dalam mendedahkan perkara ini. Bawa isu ini kepada SPRM untuk diambil tindakan serta menegakkan kebenaran,” katanya.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/kedudukan-azmin-tergugat-jika-bubar-dun.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...