Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 2 August 2016

Apa lagi drama Guan Eng nak buat lepas ini....



Jika ada yang masih ingat... ketika Pulau Pinang masih lagi diperintah BN, DAP melancarkan Projek Tanjong dalam usaha untuk menawan negeri itu.

Kempen Projek Tanjong ini bermula pada pilihanraya Uumum tahun 1986, Projek Tanjung 2 pada 1990 dan Projek Tanjong tiga pada PRU 1995.

Tahun 1995, DAP menggunakan patung robocop dengan slogan 'Chief Minister with power'... menyindir Tan Sri Koh Tsu Koon yang didakwa mereka penakut manakala pemimpin DAP ketika itu Lim Kit Siang adalah seorang yang berani.

Itu cerita lama... nampaknya selepas dua penggal Ketua Menteri DAP Lim Guan Eng pun menghadapi sindrom yang sama seperti mereka tuduh pada Gerakan.

Guan Eng tak berani hendak buat pilihanraya tanpa 'blessing' PKR walaupun mempunyai 19 kerusi DUN dan kajian pendapat oleh akhbar Cina menunjukkan lebih 70 peratus masyarakat Cina Pulau Pinang menyokong idea mengadakan pilihanraya mengejut.

Alih-alih DAP tarik 'handbreak'.

Sebab itu, dalam kenyataan media sejurus selepas Guan Eng umum pembatalan cadangan pilihanraya mengejut Ahad, Gerakan Pulau Pinang belasah Setiausaha Agung DAP itu 'kaw-kaw'.

Gerakan menyifatkan Kerajaan negeri kini dipimpin oleh orang yang penakut dan tidak berani.

Naib pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong berkata apabila DAP yang memiliki 19 kerusi di dewan undangan negeri berbanding 10 oleh PKR, masih perlu mengikut kehendak PKR.

“DAP takut kepada PKR, walaupun mereka mempunyai kelebihan dari segi jumlah kerusi,” katanya.

Terdahulu Gerakan mengumumkan akan bertanding bagi 13 kerusi sekiranya pilihanraya negeri mengejut diadakan dan yakin akan mencatat prestasi lebih baik berbanding pada pilihanraya sebelum ini.

Idea mengadakan pilihan raya mengejut ditumbulkan DAP selepas Lim dihadapkan ke mahkamah bagi dua tuduhan rasuah awal bulan ini dan digugurkan olehnya sendiri.

Sementara itu,Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, setiap parti dalam pakatan itu mempunyai agenda politik masing-masing.

“UMNO Pulau Pinang tidak terkejut dengan keputusan DAP untuk tidak meneruskan hasrat mereka bagi mengadakan pilihan raya awal di Pulau Pinang berikutan ketidakupayaan DAP mendapatkan kata sepakat dan persetujuan daripada rakan sekutunya PKR.

“Perbalahan dan pertelingkahan antara pemimpin DAP dan PKR di media dilihat sebagai bukti kurangnya persepakatan mereka berhubung isu pilihan raya negeri,” katanya.

UMNO Pulau Pinang turut membuat gesaan terhadap Guan Eng supaya secara hormat meletakkan jawatan beliau berikutan dakwaan rasuah.

“Lim Guan Eng sepatutnya berundur kerana gagal meyakinkan rakan politiknya untuk bersetuju dengan cadangannya bagi mengadakan pilihan raya mengejut yang mana sekarang ia tidak akan diadakan,” katanya sambil menambah, ia juga mewakili kegagalan politik peribadi bagi Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP itu.

Zainal Abidin berkata, UMNO Pulau Pinang akan terus bekerjasama dengan parti komponen Barisan Nasional bagi menghadapi pilihanraya umum ke-14 (PRU-14).

PAS sebelum ini awal-awal lagi mengatakan mereka bersedia hadapi pilihanraya mengejut namun tidak percaya Guan eng berani untuk mengadakannya.

Manakala PKR adalah parti yang paling lega... Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali cepat mengeluarkan kenyataan media yang mengalu-alukan keputusan iGuan Eng membatalkan cadangan pilihanraya mengejut.

PKR dijangka akan hilang empat atau lima DUN majoriti Melayu jika DAP terus dengan cadangan tersebut.

Kebimbangan itu berasaskan situasi semasa pembangkang khususnya selepas kekalahan teruk pembangkang dalam pilihanraya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar sebelum ini.

Malah, beberapa pemimpin PKR turut menempelak pemimpin DAP berhubung hasrat itu kerana didakwa tidak merujuk kepada parti tersebut terlebih dahulu.

Ketika ini, kerusi DUN negeri ini dibarisi 19 DAP, 10 PKR dan 1 Pas manakala Barisan Nasional (BN) sebagai pembangkang pula mempunyai 10 kerusi.

Sekiranya PRN diadakan, PKR berkemungkinan besar akan kehilangan semua kerusi dimiliki ketika ini khususnya di tiga kerusi majoriti Melayu iaitu Seberang Jaya; Penanti dan Batu Maung.

Baki tujuh kerusi lain yang majoriti Cina pula dibimbangi PKR menyaksikan penyusutan majoriti atau terpaksa diserah kepada PAN yang turut melihat PRN mengejut sebagai peluang memperkenalkan parti tersebut kepada rakyat.

Dalam pada itu, satu lagi parti dalam Pakatan Harapan, Parti Amanah Nasional (PAN) ambil sikap menyokong DAP, samada untuk buat pilihanraya mengejut mahupun membatalkannya.

PAN adalah serpihan PAS, yang disifatkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai 'Kelab Penyokong DAP'.

Cadangan mengadakan pilihanraya mengejut itu selepas Guan Eng terpalit tuduhan rasuah, apabila cuba menukar status tanah (zon pertanian kepada zon komersil) dan membeli sebuah banglo di bawah harga pasaran di Jalan Pinhorn, George Town.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/apa-lagi-drama-guan-eng-nak-buat-lepas.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...