DAP dalam kepelbagaian usaha terus mahu menampilkan muka muka baru dalam parti DAP dengan tujuan untuk diperlihatkan sebagai sebuah parti yang berbilang kaum dalam Negara ini.
Pengunduran Tunku Abdul Aziz dan beberapa orang tokoh yang hebat dikalangan orang Melayu kini memberikan tekanan kepada DAP untuk mengaburi pemikiran rakyat jelata walaupun pada dasarnya DAP sebuah parti perkauman yang amat kuat.
Kehilangan beberapa tokoh ini telah meyebabkan DAP mencuba menimbulkan berbagai isu untuk dibangkitkan agar kemarahan rakyat terhadap kerajaan memuncak. Patah tumbuh hilang berganti, pemergian Tunku Aziz sudah ada pengantinya.
Mahathir, Muhyiddin dan Shafie terus datang dan memberikan leher mereka untuk disembelihkan oleh DAP. DAP dengan tangan terbuka memerima mereka dan segala tentang Mahathir terhadap DAP satu ketika dahulu diampunkan dan kini DAP suci bersih tanpa dosa terhadap bangsa Melayu.
Walaupun DAP cuba mengenakan topeng kepelbagaian kaum mereka namun keputusan pemilihan CEC dengan penuh penipuan hanya memperkukuhkan kenyataan bahawa mereka hanyalah sebuah parti cauvinis Cina yang sanggup mengetepikan kepentingan kaum lain.
DAP sekarang sudah cukup berbangga kerana seorang tokoh yang begitu terkenal di peringkat antarabangsa kerana integriti beliau kini telah bersama sama mereka dalam melaksanakan agenda menumbangkan Bangsa Melayu di Tanah Melayu dengan acuan komunis yang nyata.
DAP kini sudah boleh menarik nafas lega apabila Mahathir, Muhyiddin dan Shafie adalah orang Melayu yang akan dijadikan kuda tunggangan dalam perlaksanaan agenda kotor DAP untuk menguasai kuasa politik yang diterajui oleh orang Melayu.
Maka terpecahlah Melayu dengan sekecil kecil pecahan sebagaimana yang diharapkan oleh DAP. Kerja untuk memecahkan Melayu kini bukan lagi diterajui oleh DAP tetapi untuk melenyapkan Melayu itu kini diterajui oleh Mahathir serta pengikutnya.
Allah Maha Mengadun segalanya, seorang pemimpin Melayu yang terlibat langsung dalam pengaturan strategi politik DAP Pulau Pinang bertindak berani membongkarkan agenda negara Kristian DAP dan seterusnya meninggal parti itu dengan penuh rasa kesal.
Seluruh Negara terkejut dengan pembongkaran tersebut, rata-rata seakan tidak percaya sebuah parti yang melaungkan demokrasi, ketelusan dan “sayangkan Malaysia” kini bersekongkol dengan sebuah Negara yang bernama Israel yang langsung tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia.
Maka timbulkan isu penerimaan dana politik yang bernilai RM1.2billion disalurkan kepada DAP untuk memastikan DAP menggunakan untuk menguasai politik di Malaysia. Apabila ini berlaku sudah pasti DAP serta Setiausaha Agungnya menafikan segala agenda jahat mereka bila tersepit dengan kebenaran.
DAP kerana kesediaan parti itu menyokong pendekatan ‘matlamat menghalalkan cara’ ketika rusuhan jalanan Bersih 3.0 yang meninggalkan satu titik hitam dalam sejarah negara ini. Dalam pembongkaran yang dilakukan oleh Mohamed Razali sehingga kini tidak diberikan penjelasan oleh kepimpinan DAP.
Tindakan undang undang yang dikatakan akan diambil terus meyepi sehingga kini setelah 4 tahun pembongkaran berlaku. Bagaimana agenda serta janji yang bakal diberikan kepada Negara penyumbang dana politik RM1.2 billion?
Seharusnya satu siasatan dilakukan secara terperinci , kerana inya telah melibatkan hal hal berkaitan dengan keselamatan Negara dan rakyat dalam Negara ini. Jika benar dan tidak dibendung dari awal dan mengenakan hukuman yang berat apakah Malaysia akan menjadi Palestin kedua yang bakal diterima oleh rakyat Negara ini.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/kehilangan-tunku-aziz-diganti-dengan.html
No comments:
Post a Comment