Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 9 August 2016

PAN ulangi hasrat tanding semua kerusi PAS di Selangor



PAN Selangor enggan mempedulikan dakwaan PAS berhubung PKR dan DAP tidak mahu menyerahkan kerusi kepada mereka untuk memberi laluan bertanding Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14).

Sebaliknya menurut Pengerusi PAN Selangor Izham Hashim, parti itu tidak akan meminta kerusi daripada sekutunya tetapi mahu bertanding dikesemua kerusi PAS kerana menyifatkan penubuhan PAN adalah untuk menggantikan PAS dalam Pakatan Harapan (PH).

"Selagi status sekarang ini tiga parti (dalam Pakatan Harapan) maka selagi itu kerusi yang kita (Amanah) akan bertanding adalah kerusi mana PAS bertanding. Itu adalah keputusan Amanah kecuali ada perubahan barisan pembangkang. Tapi kalau setakat hari ini tiada perubahan, itulah dia.

"Kita tidak tahu lepas ini bagaimana. Sekiranya PAS putuskan untuk menyertai Pakatan Harapan, kami kena bincang semula bersama tiga komponen yang ada sebab dia parti mendatang, baru nak masuk (Pakatan Harapan)," katanya.

Izham berkata demikian mengulas mengenai dakwaan Rani bahawa beberapa wakil rakyat DAP dan PKR rata-ratanya enggan melepaskan kerusi masing-masing untuk diserahkan kepada PAN.

"Dr Rani tidak ada jawatan dalam parti, jadi dia bercakap atas dasar peribadi sebagai ADUN tidak ada kuasa langsung. Dia bertanya begitu sahaja kalau kita jadikan itu sebagai hujah ia tidak membawa apa manfaat sebab dia tidak ada kuasa pun untuk bercakap. Pandangan itu hanya pandangan peribadi dia, dan pemimpin DAP dan PKR mana yang beliau tanya?" katanya.

Keengganan PAS untuk menyertai PH katanya menyukarkan perbincangan antara pembangkang, apatah lagi sebelum ini Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang ada membuat kenyataan akan bertanding dikesemua kerusi pembangkang termasuklah kerusi DAP.

"Apa-apa kerusi yang kita bincang, kami akan bincang sebab kami dah jemput PAS masuk (sertai Pakatan Harapan) tapi dia tak nak masuk. Jadi apa yang dia (Dr Rani) sibuk tentang kerusi. Lagipun (Datuk Seri) Hadi sudah cakap akan bertanding di semua kerusi termasuk kerusi DAP, jadi PAS tidak ada ikatan dengan kita.

"Jadi PKR akan bertanding di kerusi mereka. DAP akan bertanding di kerusi mereka, jadi yang tinggal kerusi PAS yang kami ganti dalam Pakatan Harapan. Jadi kerusi (PAS) kami akan bertanding.

Umum mengetahui kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besarnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih lagi meneruskan kerjasama dengan PAS demi kelangsungan pentadbiran negeri itu.

Justeru Izham menggesa agar PKR memutuskan mengenai perkara ini bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru seperti mana yang berlaku di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar Jun lalu.

"PKR kata minta bincang dengan PAS untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru, (Amanah Selangor) tidak ada masalah, tapi apa-apa keputusan PKR kena bawa masuk dalam mesyuarat PH untuk dibincangkan bersama DAP dan Amanah.

"Sebab kita memang sudah tandatangan perjanjian bersama. Jadi PKR boleh bincang apa pun dengan PAS tapi akhirnya keputusan mesti dibawa ke Majlis Presiden Pakatan Harapan dimana Amanah adalah anggotanya. PAS tidak jadi anggota dalam gabungan. Persetujuan mesti dicapai disitu," ujarnya lagi.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/pan-ulangi-hasrat-tanding-semua-kerusi.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...