Kita tak ada budaya atau budaya tak ada kita? (7 Ogos 2014)
Sebenarnya agak unfair kalau kita kata kita tak ada budaya sebab kita lupa asal usul. Unfair sangat, sebab masalahnya, apa reference kita kalau hidup di Malaysia ni?
Umum tahu bahawa adat melayu kat Malaysia tu begitu dan begini. Tapi ramai yang mengeluh dan kata kita dah kehilangan budaya dan jati diri sendiri.
Walhal sebenarnya tidak. Kenapa? Aku akan explain.
Sebenarnya berapa peratus Melayu yang betul-betul beratus dan berabad lamanya keturunan ada kat sini? Barangkali sangat sedikit. Kalau nak diikutkan, orang melayu yang betul-betul melayu itu ada di mana? Di Melaka? Di Kelantan? Atau di mana?
Bila kita membandingkan kelompok melayu di sini dengan masyarakat di Indonesia, sangat unfair, sebab di Malaysia, melayu tu sendiri bercampur. Pelbagai suku melayu yang ada di sini. Rawa, Banjar, Jawa, Kampar dan macam-macam lagi. Umum tahu bahawa setiap suku tu ada tatacara hidup mereka masing-masing. Jawa dengan adat jawa, minang dengan adat minang. Jadi bila mereka tiba di Malaysia dari tanah Indonesia misalannya, tak ramai yang datang itu adalah orang-orang yang meraikan kehidupan seni.
Mungkin juga ramai. Tapi disebabkan mereka diikat oleh tuntutan kehidupan untuk menstabilkan ekonomi keluarga, jadi faktor-faktor ini menyebabkan mereka dah tak lagi berseni, sebab mereka perlu menanggung sekeluarga. Dah tak ada tanah tok nenek mereka yang mereka dapat warisi seperti di tanah sana. Mungkin ada yang memberikan hasil ekonomi mereka kepada keluarga di kampung, jauh sana, seperti pendatang zaman kini.
Bayangkanlah kelompok yang membawa seni warisan nenek moyang mereka ini pula sangat sedikit, jadi bila diturunkan di tanah asing, maka makin sikitlah jadinya, tidak seperti di tanah asal. Contohnya di Jogjakarta. Di sana, terdapat ramai anak-anak jawa yang berasal dari keturunan dalang. Mereka mewarisi dari nenek moyang mereka. Tapi kalau di Malaysia, berapa ramai yang berasal dari keturunan dalang asal dari Indonesia? Sudah tentu tidak ramai.
Maka kelompok yang makin sedikit ini kemudian makin sikitlah ia. Itu sebab melayu di pantai barat dilihat 'kurang budaya' seperti di Pantai Timur. Sebab umum tahu, kalau yang di Pantai Timur itu sudah berapa generasi mereka bertapak di sana? Kalau pun mereka bertapa, asalnya dari mana? Kalau di pesisir pantai barat, sudah tentu mereka dari Indonesia, tapi Pantai Timur, apakah tanah yang bertentangan dengan Pantai Timur Malaysia?
Jadi sudah tentu 'purity' budaya terjaga dan kebudayaan pun terus diangkat di sana berbanding di pantai barat. Faktor geografi inilah yang menyebabkan budaya di Malaysia ini begitu. Aku sendiri adalah keturunan keempat pendatang dari tanah jawa. Jadi aku perlu mewarisi apa dari mereka yang berada di Malaysia? Sudah tentu asimilasi ini memakan masa. Jadi bila bendasing yang terlalu banyak berada dalam satu larutan yang pure, lama kelamaan larutan itu tidak lagi menjadi sesuatu yang asli, unless jika larutan itu diberi masa untuk berasimilasi dengan larutan majoriti.
Bila memperkatakan tentang 'orang melayu dah lupa jati diri'. Sebenarnya itu kurang tepat. Kenapa kebanyakan orang melayu choose untuk memilih budaya luar? Sebab budaya luar lah yang menyatukan mereka. Mereka ada common interest dan orang-orang ini pun berkelompok dan membina kesatuan tersendiri, kerana mereka tak ada apa yang in common dengan budaya-budaya lain. Apakah bisa orang jawa itu disamakan budayanya dengan orang banjar? Bahasa pun dah lain.
Tapi mereka mungkin bersetuju dengan budaya asing sebab mereka merasakan connection, faktor penyatuan. Contohnya, mungkinlah orang banjar tak layan wayang kulit jawa, sebab dia tak boleh rasa connection, tapi bila dengan lagu bob dylan, dia boleh layan. Kebetulan orang jawa itu pula suka lagu bob dylan. Maka mereka boleh bergaul. Aku yakin, ini kerana faktor similariti sub-budaya suku bangsa. Tona-tona yang sama, menyebabkan mereka tak boleh nak relate satu sama lain. Sebab mereka hampir sama, namun banyak yang berbeza. Mungkin. Ini cuma teori yang tidak dapat dibuktikan dengan fakta.
Dan cuba kita lihat Kuala Lumpur. Bagi aku Kuala Lumpur adalah 'Malaysia' dalam skala kecil. Tempatnya baru diusahakan. Tak sampai lebih dari 500 tahun. Baru lagi menjadi pusat tumpuan serantau. Seperti Malaysia, Kuala Lumpur juga baru. Terdapat pertembungan budaya antara masyarakat cina dan melayu sejak awal-awal lagi. Unless tempat itu sudah 500 tahun diduduki oleh orang melayu, realiti di Kuala Lumpur barangkali mungkin berbeza jika begitu, kerana tiada pertembungan budaya dari bangsa yang berbeza sejak awal ia dibangunkan.
Jadi mengatakan orang melayu di KL tak ada budaya, adalah sama dengan mengatakan orang melayu di Malaysia (secara umumnya) tak ada budaya. Sebab realitinya hampir sama. Faktor geografi dan struktur masyarakat yang berlapis, berbilang bangsa dan suku kaum adalah penyumbang kepada faktor 'tidak ada budaya' itu.
Jadi agaknya kita yang tak ada budaya, atau budaya yang tak ada kita sebenarnya?
Entoh leeeeeeeeeee.
Sekian, untuk difikirkan.

Gambar : Ki Sugeng dari Jogjakarta sedang pose watak Panji dalam Wayang Topeng Pedalangan Gaya Jogjakarta. Di ambil ketika membuat temuramah bagi kerja penyelidikan untuk memenuhi tuntutan (nafsuku) pengajian pasca siswazah bagi bidang Seni Persembahan (Drama) di UM.
No comments:
Post a Comment