Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 6 August 2016

Tiada bukti Kapten Zaharie sengaja hempaskan MH370



Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menolak andaian yang dibuat oleh penganalisis asing kononnya juruterbang Malaysia Airlines MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah sengaja menghempaskan pesawatnya ke Selatan Lautan Hindi.

Laporan media asing baru-baru ini mendakwa Kapten Zaharie telah merancang supaya Boeing 777 itu dipandu ke Lautan Hindi berdasarkan pemeriksaan FBI simulator penerbangan di rumahnya.

Bagaimanapun jelas Tiong Lai laluan penerbangan yang dipetakan Kapten Zaharie Ahmad Shah ke Lautan Hindi hanya merupakan salah satu daripada "ribuan" laluan simulator tersebut.

Menurutnya simulator itu bagaimanapun tidak mengesahkan bahawa juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370 dengan sengaja menyebabkan ia terhempas ke laut.

"Sehingga kini, teori ini masih dalam siasatan. Masih tiada bukti yang mengesahkan Kapten Zaharie dengan sengaja menerbangkan pesawat ke Lautan Hindi.

"Ya, beliau mempunyai simulator bagi laluan penerbangan itu, tetapi ia merupakan salah satu daripada ribuan simulasi ke banyak tempat di dunia.

"Dengan hanya berdasarkan perkara itu, kita tidak boleh mengesahkan beliau yang melakukannya," kata Tiong Lai pada sidang media Khamis.

Tiong Lai meminta semua pihak untuk tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

"Tidak wajar membuat spekulasi atau teori-teori tidak berasas yang tidak membantu siasatan.

"Jika anda ada bukti, mohon serahkannya kepada pasukan penyiasat," katanya.

Kaptan Zaharie menjadi fokus pada awal kejadian kehilangan pesawat itu apabila simulator penerbangan ditemui di rumahnya yang mengandungi “rehearsal” pesawat sejauh Lautan Hindi atau mendarat di sebuah pulau dengan landasan yang pendek.

Fail simulator tersebut didapati dipadamkan, namun berjaya ditemui kembali oleh pakar-pakar yang menyiasatnya.

Juruterbang tersebut juga tiada rahsia dengan hobi luar biasanya, mencipta video penerbangan yang dimuat naik di internet.

Bekas rakan sekerjanya berkata, Zaharie gembira menerbangkan Boeing 777 sehingga beliau sanggup menghabiskan masa cutinya dengan membina simulator penerbangan pesawat itu di rumah.

"Beliau adalah seorang juruterbang yang sangat mahir dengan teknologi penerbangan. Sesiapa saja boleh tanya dan dia pasti akan membantu,” kata seorang pembantu juruterbang Malaysia Airlines (MAS) yang pernah terbang bersama Zaharie sebelum ini.

Tetapi di sebalik kehidupan sebenar, Zaharie yang hidup selesa di pinggir bandar Kuala Lumpur tinggal bersama tiga anak dan seorang cucu berusia lima tahun, timbul dakwaan mengatakan rumah tangga Zaharie mulai retak.

Bagaimanapun perkara itu telah dinafikan oleh keluarga Zaharie.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/tiada-bukti-kapten-zaharie-sengaja.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...