Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 27 August 2016

Mahkamah Australia denda restoran Malaysia...Nak Cari Untung Lebih Ini Padahnya



PETALING JAYA: Sebuah mahkamah di Australia menjatuhkan hukuman denda AS$300,000 (RM920,747) ke atas sebuah restoran rangkaian popular Malaysia kerana menggunakan rekod palsu dengan tujuan membuat bayaran gaji rendah kepada pekerja mereka. Menurut laporan Business Insider Australia, Mahkamah Persekutuan Australia memutuskan Restoran Mamak yang beroperasi di Goulburn Street, Haymarket melakukan 'kajian pasaran secara tidak rasmi mengenai kadar bayaran pasaran gelap' dan sudah membayar gaji rendah kepada pekerja bagi tujuan mengaut keuntungan maksimum.

The Fair Work Ombudsman, sebuah agensi berkanun bebas yang menyiasat aduan di tempat kerja dan melakukan penguatkuasaan mengikut undang-undang kebangsaan, mengambil tindakan mahkamah ke atas perniagaan itu, Januari lalu. Ia berlaku sejurus selepas mereka mendapati enam pekerja di restoran berkenaan secara kolektif menerima gaji rendah berjumlah AS$87,000 (RM267,046) dengan pendapatan serendah AS$11 (RM33.76) di antara Februari 2012 sehingga April 2015.

Hakim Justin Smith mengenakan denda kepada ketiga-tiga pemiliknya - Joon Hoe Lee, Julian Lee dan Alan Wing-Keung Au dengan masing-masing berjumlah AS$36,992 (RM113,534), AS$35,360 (RM108,525) dan AS$35,360 (RM108,525) Syarikat Mamak Pty Ltd pula didenda AS$184,940 (RM567,671). Smith berharap hukuman berkenaan, yang hampir maksimum di bawah undang-undang, akan menjadi satu pengajaran kepada majikan lain. - AGENSI

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/mahkamah-australia-denda-restoran.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...