Rakan niaga anak Mahathir didakwa kes ‘insider trading’ Kenchana Petroleum
Perbincangan Mokhzani Mahathir bertukar panas dan anak menyalahkan bapa atas masalah tersebut. Jika Mahathir tidak begitu beria-ia menyingkirkan Najib, maka Mokhzani tidak akan menghadapi masalah ini. Mokhzani kemudian berlalu dalam keadaan marah. Kemudian Mahathir menelefon Tun Daim Zainuddin dan merungut mengenai langkah bodoh yang Kadir Jasin lakukan hingga menyebabkan sidang akhbar yang dirancang dan sepatutnya telah diadakan ekoran pengumuman oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dan Peguam Negara Amerika Syarikat terpaksa dibatalkan.
Mahathir berkata jika pelan pada 26 Julai tidak dirosakkan maka Mokhzani tidak terjerumus dalam masalah tersebut.
Mahathir juga memberitahu Daim dia telah cuba menghubungi bekas ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abu Kassim Mohamed, bekas Peguam Negara Abdul Gani Patail dan bekas Gabenor Bank Negara Dr Zeti Akhtar Aziz tetapi ketiga-tiga mereka tidak menjawab panggilan beliau.
Mereka nampaknya telah menghentikan semua komunikasi dengan beliau dan Mahathir terlampau marah kerana ini bermakna dia tidak boleh melaksanakan rancangan dan disekat.
Semua perkara dilihat tidak memihak kepada beliau. Semalam Muhyiddin Yassin pergi ke pejabat Pendaftar Pertubuhan untuk mendaftarkan parti baru mereka. Nampaknya penerimaan parti baru ini adalah suam-suam kuku dan tidak mendapat sambutan seperti yang beliau jangkakan.
Malah nama yang dicadangkan parti baru mungkin tidak diluluskan kerana mereka menggunakan nama ‘Bersatu’ pada nama, yang juga digunakan oleh Umno. Jika ‘Bersatu’ dalam nama itu tidak
dibenarkan maka hanya tinggal ‘Pribumi’.
Mahathir “juggling too many balls in the air” pada masa yang sama dan dia menjadi sangat gelisah. Daim tidak membantu kerana dia tidak begitu yakin dan agak negatif. Malah, Daim seolah-olah mentertawakan orang tua itu memandangkan bantahan tidak akan ke mana-mana.
Ketika itulah Mahathir mula berasa tidak sihat dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Pada mulanya mereka menyangka dia mengalami satu lagi serangan jantung atau strok. Berita rasmi adalah bahawa dia sakit dada. Sumber dalaman mengatakan dia berada di hospital hanya untuk pemeriksaan rutin. Tetapi mengapa menjalani pemeriksaan rutin kesihatan pada hari parti barunya didaftarkan?
Berita Mahathir telah dikejarkan ke IJN pada mulanya mengundang panik. Masanya amat tidak sesuai. Mereka mahu fokus pada pendaftaran parti baru Mahathir dan tidak kepada berita Mahathir dikejarkan ke hospital. Orang Cina yang percaya pada “feng shui” mengatakan bahawa ini bukanlah satu petanda yang tidak baik untuk parti baru Mahathir.
Saya masih ingat pada tahun 1999 apabila Menteri Besar Terengganu, Wan Mokhtar Ahmad, tergelincir dan jatuh ketika dia melangkah untuk memasuki pusat penamaan calon di Kemaman bagi memfailkan kertas pencalonannya. Orang Cina berkata ia adalah petanda yang tidak baik dan feng shui yang buruk. Ini bermakna Wan Mokhtar akan jatuh. Benar bagai dikata, bukan sahaja dia jatuh tetapi seluruh negeri itu pun tumbang juga.
Apa yang lebih menarik tentang semua ini adalah Mahathir benar-benar marah pada Mokhzani. Beliau dikatakan menyalahkan Mokhzani kerana bertindak bodoh dan tertangkap atas kesalahan “insider trading” ketika mereka perlu menyerang Najib habis-habisan dalam cubaan menggulingkan beliau.
Pendek kata, tindak balas Mahathir seolah-olah mempercayai bahawa Mokhzani bersalah. Tindakannya menunjukkan tuduhan ke atas Mokhzani bukan palsu dan bukan direka tetapi Mokhzani sebenarnya melakukan jenayah “insider trading”. Dan kerana itu dia kini beliau merosakkan apa yang mereka cuba lakukan dengan mendedahkan kelemahan mereka yang membolehkan mereka diserang.
Kemungkinan yang mencetuskan serangan jantung Mahathir semalam adalah bila Mokhzani menyalahkan Mahathir atas masalah tersebut. Jika Mahathir tidak cuba “membunuh” Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mereka tidak perlu takut. Jadi ia merupakan kesalahan Mahathir menyerang Najib dan bukan salah Mokhzani kerana melakukan jenayah “insider trading”. Saya rasa walaupun hati yang kuat seperti Mahathir pun tidak boleh menerima dakwaan tersebut.
Sumber : Malaysia Today
No comments:
Post a Comment