Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 13 August 2016

Peranan UMNO, Akan Terkubur Selepas PRU 14 – Penganalisis



Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) bukan sahaja mustahil untuk mengambil alih peranan dan perjuangan UMNO, malah ia akan terkubur selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata tahap kesediaan parti serpihan UMNO itu untuk membela nasib rakyat masih menjadi tanda tanya sedangkan UMNO telah mempunyai rekod sedemikian yang cemerlang.

“Memandangkan ia parti baharu, saya tidak yakin mereka boleh ambil alih (peranan) UMNO dengan sekelip mata sahaja memandangkan pilihan raya tinggal lebih kurang 700 hari sahaja lagi.

“Malahan UMNO mempunyai pengikut tegarnya sendiri yang setia dan tidak rela meninggalkan UMNO untuk parti baharu yang dibina atas dasar kekecewaan dan balas dendam itu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam laporan akhbar hari ini yang mendakwa parti itu berazam mengambil alih peranan dan perjuangan UMNO.

Abdul Halim berkata parti itu hanya muncul menjelang PRU ke-14 dan akan terkubur selepas pilihan raya nanti, seperti yang terjadi pada parti serpihan lain sebelum ini yang telah lenyap, antaranya parti Semangat 46.

Berbeza dengan UMNO yang telah berusia 70 tahun, ia mempunyai rekod cemerlang apabila terus kukuh dan mengutamakan perjuangan membela nasib rakyat walaupun beberapa kali menghadapi pertelingkahan dan salah faham antara pemimpinnya.

“Biasalah jika berlaku pertelingkahan, tetapi ‘track record’ UMNO telah membuktikan ia adalah satu parti yang malar segar merentasi zaman. Jika dibandingkan dengan parti yang tidak sampai berapa hari ditubuhkan itu, mereka tidak boleh meyakinkan mampu memberi apa yang digembar-gemburkan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata sekiranya Parti Pribumi ingin mengambil alih peranan dan tujuan UMNO, maka mereka perlu mengorak langkah dari sekarang dalam merekrut anggota seramai mungkin.

“Namun situasi sekarang ini masih belum nampak isyarat dan tanda-tanda yang parti itu mampu untuk ambil alih peranan UMNO. Juga, belum ada tanda-tanda penghijrahan secara besar-besaran oleh anggota UMNO untuk bersama parti itu.

“Apakah anggota UMNO bersedia menukar parti, itu masih lagi menjadi persoalan besar,” kata Mohamed Mustafa.

Sementara itu Setiausaha Agung Veteran UMNO Datuk Mustapha Yaakub berkata Parti Pribumi cuba menjadi parti ‘mirip’ UMNO semata-mata untuk berdepan dengan UMNO pada PRU ke-14 nanti bagi mengelirukan rakyat.

Namun, katanya parti baharu itu tidak mempunyai matlamat dan hala tuju yang jelas, yang mana keadaan ini berbeza dengan UMNO yang jelas komited menjaga kekuatan masyarakat Melayu.

“UMNO dari 1946 telah membuktikan jasa-jasanya termasuk menaik taraf ekonomi Bumiputera, memperkasakan dasar-dasar negara bagi kebaikan Bumiputera dan sebagainya, jadi apa yang Parti Pribumi hendak buat lagi?,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Sahabat N87 Pusat Datuk Seri Dr Sulaiman Mohamed berkata kehadiran Parti Pribumi yang lahir atas dasar dendam dan benci serta ingin menjatuhkan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak langsung tidak menggugat parti keramat orang Melayu itu.

“UMNO adalah nyawa bangsa Melayu. Melayu kuat kerana UMNO… Ia (Parti Pribumi) tiada asas perjuangan yang jitu dan tulin, walaupun mendakwa ingin mengambil alih peranan dan perjuangan UMNO,” katanya dalam satu kenyataan.

Sulaiman turut menyeru anggota-anggota kelab itu untuk memantau anggota UMNO khususnya, bagi mengelakkan mereka menyokong Parti Pribumi dalam diam.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa menyerahkan permohonan bagi mendaftar parti baharu itu di pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Putrajaya.

— BERNAMA

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/parti-pribumi-mustahil-ambil-alih.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...