Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 3 August 2016

Muhyiddin lupa kesenangan beliau kerana UMNO...Bila MELAYU MULA LUPA DIRI



Veteran UMNO Malaysia amat kesal dan kecewa dengan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengibaratkan UMNO sebagai kereta buruk yang tidak boleh diperbaiki lagi dan memerlukan kerita baharu.

Kenyataan itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang pernah menikmati keistimewaan sebagai ahli UMNO sehingga kejawatan kedua tertinggi dalam UMNO dan kerajaan.

Jelaslah Muhyiddin lupa akan jasa UMNO dan tidak ubah seperti kacang lupakan kulit. Habis manis sepah dibuang.

Apakah Muhyiddin tidak terfikir tanpa UMNO beliau boleh menjadi Menteri Besar Johor dan menyandang jawatan menteri dibeberapa kementerian dan akhirnya Timbalan Perdana Menteri?.

Kalaupun beliau sudah dipecat dari UMNO kerana kesilapannya sendiri, tidak sepatutnya beliau menyifatkan UMNO seperti kerita buruk yang tidak boleh diperbaiki lagi.

Beliau bebas menubuh parti baharu bersama Tun Mahathir, Mukhriz dan Shafie kerana itu adalah haknya.

Tapi menghina UMNO sebagai sebuah parti yang banyak berjasa kepada dirinya dan orang Melayu adalah amat tidak wajar.beliau sekali gus menghina dirinya dan ahli UMNO.

Kalaupun kita sudah bercerai dengan isteri kita yang telah melahirkan anak-anak kita, maka tidak wajar kita memburuk-burukkan isteri kita dengan memberi berbagai alasan dan sebab.

Janganlah semasa isteri kita muda dan cantik kita puji dan layan dengan baik tetapi bila isteri sudah tua dan monopos kita cela dan keji.

Perbuatan seperti itu bukan sifat mulia seorang suami. Sama juga dengan penghinaan TS Muhyiddin kepada UMNO.

Muhyiddin mungkin lupa kesenangan dan pangkat yang beliau nikmati hasil dari UMNO.Tetapi ahli UMNO tidak lupa dan penghinaan itu amat tidak patut diucapkan oleh beliau.

Veteran amat terkilan dengan kenyataan itu kerana TS Muhyiddin adalah seorang tokoh yang berlatar belakangkan ugama yang kuat dari zaman arwah bapanya.

Kenyataan itu jelas menunjukkan Muhyiddin tidak berpegang kepada maksud ayat al-Quran yang beliau sering kali ungkapkan "Sekiranya kamu tahu berterima kasih diatas nikmat Allah, maka nescaya Allah akan tambah lagi nikmat itu, dan sekiranya kamu kufur maka ketahuilah azab Allah itu amat pedih".

Veteran UMNO berharap Muhyiddin bersama rakan-rakannya berjaya dengan parti baharu yang akan ditubuh nanti.

Tapi Veteran yakin ahli UMNO tidak akan menukar UMNO yang telah banyak berjasa kepada parti baharu yang belum pasti jasanya kepada orang Melayu.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/muhyiddin-lupa-kesenangan-beliau-kerana.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...