Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 20 August 2016

PAS Selangor tolak Muhyiddin jadi Ketua Pembangkang



Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Azizah perlu dikekalkan selaku Ketua Pembangkang dan tidak timbul nama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai individu yang layak menerajui kumpulan pembangkang apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PRIBUMI) diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) kelak.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata perkara itu tidak patutpun dibincangkan pada ketika ini, sebaliknya tumpuan pembangkang perlu diberikan kepada persiapan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU14) akan datang.

“Pada pandangan saya, apa yang ada pada hari ini perlu dikekalkan, blok pembangkang seharusnya perlu bekerja kuat untuk mencapai kemenangan terlebih dahulu.

“Lepas PRU14, bincanglah siapa pun nak jadi ketua pembangkang atau perdana menteri. Sebaiknya yang mengetuai blok pembangkang juga merupakan ketua pembangkang di Parlimen,” kata Dr Ahmad Yunus pada Jumaat.

Menurut beliau adalah tidak sesuai pembangkang membincangkan tentang kredibiliti Muhyiddin memandangkan kemampuan beliau dalam memperjuangkan reformasi masih belum jelas

“Saya belum nampak komitmen beliau. Beliau terlalu baru untuk dilihat kekuatannya membawa reformasi. Saya khuatir, blok pembangkang semakin berpecah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei menegaskan kepimpinan PKR di Selangor akan mengikut keputusan dibuat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dalam isu pemilihan ketua pembangkang.

Menurutnya, pihaknya dan parti di peringkat negeri akan akur pada keputusan kepimpinan pusat.

“Pastinya perkara ini akan dibincangkan, diperhalusi dan diputuskan setelah mengambil kira pandangan semua pihak dalam parti.

“Tidak timbul isu Muhyiddin layak atau tidak bagi memegang jawatan sebagai ketua pembangkang,” katanya.

Kelmarin, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dilaporkan berkata, Pakatan Harapan (PH) sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak, selagi syarat utama (reformasi) dihormati.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/pas-selangor-tolak-muhyiddin-jadi-ketua.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...