Siswa perlu sedar mengapa mereka berada di universiti. Mereka bebas buat apa sahaja di luar universiti. Tetapi kalau mereka taksub dengan turun ke jalanan untuk berdemo semata-mata kononnya untuk menegak kebenaran, mereka akan lupa pengajian. Para siswa perlu mengutamakan pengajian dan peroleh ijazah kerana kerajaan mensubsidikan 80%-90% yuran tuisyen siswa setiap semester. Jika mereka mengaji di universiti awam, kerajaan membelanjakan kira-kira RM18,000 setahun supaya siswa boleh belajar. Mereka hanya perlu membayar RM2,000 setiap tahun. Maksudnya, RM16,000 wang rakyat digunakan. Ini bermakna pengajian mereka ditanggung oleh kerajaan.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, Pakatan Harapan berikrar untuk mengembleng semua ahlinya kepada himpunan itu. Dalang utama yang menghasut siswa berdemo di jalanan adalah Ketua Pemuda Amanah Mohd Sany Hamzah. Setelah parti Amanah kalah teruk dalam 2 PRK yang lalu, kerja mereka sekarang adalah menjadi penghasut kepada pelajar-pelajar pengajian tinggi yang rata-ratanya masih mentah dan naif dalam kancah politik negara.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/ketua-pemuda-amanah-hasut-pelajar.html
No comments:
Post a Comment