Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 20 August 2016

Tak ada perbincangan jadikan Muhyiddin ketua pembangkang



Hidung tak mancung, pipi tersorang-sorang... al kisah ada dua tiga hari ini ada wasap dok jaja cerita kononnya pemimpin-pemimpin pembangkang dah sepakat lantik Presiden penaja Pribumi Tan Sri muhyiddin Yassin sebagai ketua pembangkang yang baru.

Ramai yang arif mengenai politik Malaysia tidak percaya, masakan Muhyiddin mampu untuk memimpin satu gabungan pembangkang?

Bagi Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub, tidak ada keperluan menggantikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail daripada jawatannya sebagai ketua pembangkang dengan pemimpin lain.

“Kedudukan Wan Azizah dalam Parlimen sebagai ketua pembangkang tidak perlu diubah. Beliau telah menjalankan tugasnya dan saya merasakan tiada keperluan menukar ketua pembangkang yang baharu.

“Muhyiddin bagaimanapun boleh memainkan peranannya dalam bidang lain termasuk politik yang memerlukan pengalaman beliau,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad berkata, Muhyiddin perlu diterima majoriti parti pembangkang untuk dilantik ketua pembangkang.

Katanya, bekas timbalan perdana menteri itu juga perlu mempunyai keupayaan menyatupadukan parti-parti pembangkang.

“Ketua pembangkang perlu diterima semua parti pembangkang dan mampu menyatukan. Soal mampu atau tidak, ia perlu dibuktikan," katanya.

Menurutnya, masih terlalu awal untuk menilai kemampuan Muhyiddin dan tidak perlu dibandingkan dengan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Soal kemampuan, saya rasa sesiapa saja yang dipilih, dia akan mampulah sebab dah dipilih,"katanya dipetik Sinar Harian pada Jumaat.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/tak-ada-perbincangan-jadikan-muhyiddin.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...