Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday 27 August 2016

PAS tolak rundingan kerusi dengan PAN



PAS Kelantan tidak akan memberi sebarang kerusi kepada Parti Amanah Negara (PAN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Mohd Amar berkata PAN bukan satu ancaman kepada PAS Kelantan dan mengatakan bahawa parti itu tidak akan tewas kepada Barisan Nasional (BN).

"Kami tidak akan duduk dengan PAN untuk membincangkan mengenai pertandingan satu lawan satu dengan BN dalam pilihan raya akan datang," kata Mohd Amar.

"Adalah menjadi dasar parti untuk tidak mengaitkan diri kita dengan PAN. PAN boleh menjadi ancaman, tetapi kami bersedia untuk berhadapan cabaran pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Mohd Amar berkata jika benar PAN ingin mengambil semangat satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang, mereka perlulah memberi laluan kepada PAS dan PKR untuk menentang BN di negeri itu.

"Kalau kita nak ambil semangat satu lawan satu dengan BN ini, maknanya parti selain PAS dan PKR, tak boleh bertanding di Kelantan (pada PRU akan datang).

(Jadi) jangan kacaulah,"katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Hari Sayyidatina Khadijah di Kota Bharu Selasa.

Beliau mengulas mengenai kemungkinan  parti serpihan PAS itu bertanding di Kelantan pada PRU akan datang.

Ditanya mengenai ancaman PAN di Kelantan, beliau berkata penubuhan parti itu setakat ini masih belum memberi kesan kepada PAS terutama di Kelantan.

"Kami setakat ini boleh tidur lena lagi," katanya.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/pas-tolak-rundingan-kerusi-dengan-pan_22.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...