Perjuangan UMNO di bumi Kelantan belum selesai selagi tidak dapat kembali menerajui negeri itu setelah diperintah oleh parti PAS sejak 26 tahun lalu.
Sesuatu ‘ubat’, ‘penawar’ atau ‘formula’ yang benar-benar berkesan perlu dicari bagi membolehkan usaha untuk jadikan slogan ‘Kelantan Milik BN’ direalisasikan.
Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan ‘penawar’nya mesti dari dalam iaitu setia pada UMNO dan setia pada perjuangan.
“Bukan setia pada ambo (saya) semata-mata, walaupun setia pada presiden parti itu sebahagian daripada konsep menjaga kepentingan parti,” kata Najib semasa berucap di majlis ‘YAB PM Bersama Kita’ dan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tumpat di Sekolah Kebangsaan Kubang Batang, Tumpat, Kelantan, pagi Sabtu.
Hampir 20,000 orang rakyat setempat dan ahli serta perwakilan UMNO hadir mendengar amanat pemimpin nombor satu negara itu.
Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa, Ketua-ketua UMNO Bahagian di Kelantan dan ketua-ketua jabatan kerajaam persekutuan di negeri itu.
Najib menarik perhatian tentang slogan ‘Kelantan Milik BN’ dengan berseloroh berkata, “dulu ada slogan ‘Gelombang Merah’ sehingga meremang bulu roma mendengar laungan itu, dah macam nak mene (menang) tapi tak mene juga.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/perjuangan-umno-belum-selesai-di.html
No comments:
Post a Comment