Tidak salah andai yang tua menasihati yang muda, yang lama menasihati yang baru, namun semua itu ada hadnya. Yang tua tidak semestinya betul, dan yang lama tidak semestinya serba mengetahui.
Datuk Seri Najib Razak memberi amaran kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak melampaui batas kerana ia bertentangan dengan konsep Islam yang menggalakkan umatnya bermusyawarah dan syura.
Perdana Menteri berkata, Islam sendiri, menggalakkan umatnya untuk menegur pemimpin dengan cara yang baik selain mengamalkan pendekatan musyawarah mesyuarat dan syura.
Perdana Menteri berkata, tindakan Dr Mahathir dilihat seperti cuba mahu meruntuhkan UMNO.
“Kita mesti mempertahankan parti, kukuhkan perjuangan. Sudah jadi pemimpin besar 22 tahun pun masih tak faham-faham … nak jatuhkan parti.
“Don’t cross the line (jangan melampaui batas). Parti adalah warisan kita. Guna kaedah yang betul ikut konsep parti dan Islam,” katanya merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tumpat di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Batang, di sini, semalam.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/madey-jiwa-kacau-kot-peringatan-najib.html
No comments:
Post a Comment