Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 3 August 2016

Polis tak boleh tahan Ananda tanpa perintah mahkamah - KPN



PDRM tidak boleh menahan dua individu warga Malaysia termasuk jutawan T. Ananda Krishnan berkaitan dengan kes penggubahan wang haram melibatkan skandal Aircel-Maxis di India kecuali mendapat perintah mahkamah di negara ini.

Tanpa perintah mahkamah polis Malaysia tidak boleh menahan ahli perniagaan itu dan seorang lagi pegawai kanan syarikatnya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya tidak boleh berbuat begitu kerana tidak mempunyai perjanjian undang-undang yang berkaitan.

"Tidak, kami tak boleh bertindak, kerana tidak ada perjanjian atau persetujuan daripada segi undang-undang antara polis sini dan India. Jadi kita tidak boleh bertindak atas waran tangkap yang dikeluarkan itu dan mereka (India) juga perlu mohon kebenaran dari mahkamah di sini terlebih dahulu sebelum meneruskan tindakan sewajarnya," katanya.

Biro Penyiasatan Pusat India terdahulu memohon waran tangkap bagi dua rakyat Malaysia yang dituduh terlibat dalam skandal Aircel-Maxis selain dua bekas menteri Telekom India, Dayanidhi Maran dan adiknya Kalanithi Maran.

Permohonan itu dibacakan oleh agensi siasatan dihadapan hakim khas OP Saini menyatakan saman yang dikeluarkan kepada Ananda dan seorang lagi warga Malaysia, Augustus Ralph Marshall tidak dilayan, lapor sebuah akhbar tempatan di India.

Selain adik-beradik Maran, Krishnan dan Marshall, mahkamah menamakan empat syarikat, Sun Direct TV Pvt Ltd, Maxis Communication Berhad, Asia Selatan Hiburan Holding Ltd dan Astro All Asia Network PLC sebagai tertuduh dalam kes ini.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/polis-tak-boleh-tahan-ananda-tanpa.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...