RAKYAT Malaysia amat terkilan dengan sikap bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang masih terus berbohong secara terbuka pada penghujung usia beliau. Adakah ketamakan kuasa dan kekayaan melampau mendorong perkara ini?
Apa yang pasti, pembohongan beliau sudah sampai ke tahap yang tidak dapat diterima oleh rakyat kecuali penyokong tegar beliau yang didorong oleh kepentingan peribadi masing-masing.
Memetik kenyataan beliau dalam Malaysiakini, Mahathir mendakwa pemimpin Umno enggan mengakui kebenaran tuduhan yang dibuat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Sejak dari mula isu 1MDB ini dimainkan, Mahathir telah berbohong dengan menuduh RM42 bilion wang 1MDB telah hilang sedangkan perkara tersebut tidak berlaku. Laporan akhir Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah membuktikan tuduhan yang dilemparkan oleh Mahathir berkenaan RM42 billion adalah tidak benar.
Dalam memastikan siasatan yang dijalankan itu melalui proses yang telus, pihak kerajaan telah mengarahkan agar hasil siasatan Ketua Audit Negara diserahkan kepada PAC yang mana turut dianggotai oleh barisan ahli parlimen pembangkang.
Namun Mahathir yang didorong oleh keangkuhan dan kepentingan politik peribadi tetap mengatakan bahawa dari laporan dalam akhbar, kemudian diikuti dengan laporan Bank Negara, SPRM, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) kononnya semua menerangkan kesalahan Najib sedangkan semua laporan menjelaskan tidak ada sebarang salahlaku dipihak Perdana Menteri seperti yang digembar-gemburkan oleh Mahathir.
Untuk makluman, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat baru sahaja menarik balik perintah sekatan sebelum ini yang dibuat dalam tuntutan mahkamah sivil untuk merampas aset-aset yand dibuat pada 20 Julai terhadap Red Granite Pictures milik anak tiri Najib, Riza Aziz.
Sebelum ini, Mahathir dan penyokong beliau dilihat cuba menggunakan isu pengumuman oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dan Peguam Negara Amerika Syarikat untuk mendesak Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Mahathir turut dilihat menjadikan laporan Sarawak Report sebagai asas untuk menuduh wang derma dari Arab Saudi sebagai wang 1MDB berdasarkan dokumen yang telah dipalsukan. Kita perlu mengimbas kembali kes bekas Pengarah Eksekutif IT PetroSaudi, Xavier Andre Justo yang telah dipenjarakan di Thailand.
Pihak berkuasa Thailand telah mengeluarkan transkrip lengkap perbualan menerusi applikasi Whatsapp dan Sistem Pesanan Ringkas antara Justo dengan beberapa individu di Malaysia termasuk beberapa orang pemimpin pembangkang. Transkrip itu juga menunjukkan penglibatan Clare Rewcastle Brown, ketua editor Sarawak Report dalam gerakan ini.
Oleh itu, tindakan Mahathir menggunakan laporan Sarawak Report merupakan satu bukti wujud pakatan memalsukan dokumen untuk gerakan menggulingkan Perdana Menteri atau dengan kata lain merupakan satu tindakan pemberontakan terancang yang didalangi oleh Mahathir.
PRU14.tv
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/sudah-lahmahathir-berbohong-lagi.html

No comments:
Post a Comment