Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 16 August 2016

“Semua ini menampakkan Dr. Mahathir mahu mengawal semua orang dan tidak percaya kepada kemampuan orang lain.


Sikap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tidak percaya kemampuan orang lain jelas terserlah dalam Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang ditubuhkan baru-baru ini.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, Dr. Mahathir sebagai Pengerusi diberi tanggungjawab untuk menentukan perjalanan parti tersebut.


Menurut beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Pribumi hanya boleh melantik pemimpin-pemimpin parti yang lain setelah berunding dengan Pengerusi.

“Semua ini menampakkan Dr. Mahathir mahu mengawal semua orang dan tidak percaya kepada kemampuan orang lain.

“Jika parti ini menang dalam pilihan raya, Presidennya mungkin hanya jadi boneka kepada Dr. Mahathir,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam temu bual eksklusif bersama portal berita Indonesia, Metro TV News.com baru-baru ini berkata, Dr. Mahathir obses mengenai kawalan dan mahu menentukan dasar kerajaan walaupun tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Mengulas tentang pandangan Perdana Menteri itu, Kamarul Zaman memberitahu, Dr. Mahathir sepatutnya memahami Najib perlu diberi ruang untuk mentadbir kerajaan dengan caranya sendiri.

Beliau menambah, Dr. Mahathir sendiri kurang senang apabila Perdana Menteri pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mempersoalkan dasar pentadbirannya dahulu.

“Dr. Mahathir boleh memberi nasihat yang sesuai dengan kedudukannya sebagai negarawan tetapi beliau tidak boleh memaksa pihak lain menerima pandangannya,” jelasnya.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/semua-ini-menampakkan-dr-mahathir-mahu.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...