Biarpun apa alasan diberi oleh pemimpin DAP dan PKR rakyat dapat menjangkakan ia bukan alasan sebenar. Jangkaan rakyat dengan keputusan membatalkan hasrat untuk adakan PRN Pulau Pinang seperti berikut.
1-Bimbang dengan desas-desus PAS akan bertanding dikesemua 15 kawasan DUN majoriti Melayu yang pastinya akan memberi kelebihan kepada BN berikutan terjadinya pertandingan 3 penjuru.
2-Kehilang beberapa kerusi dari PKR dan DAP menjadi pengukur sebenar sama ada DAP dan PKR boleh mengekalkan kuasanya selepas keputusan PRU14.
3-Jika PAS mampu memenangi beberapa kerusi pada PRN disamping BN pula dapat menambah kerusi DUN tidak mustahil berlakunya kerajaan campuran BN-PAS.
4-BN melalui calon daripada UMNO akan menumpukan sepenuhnya dikawasan majoriti Melayu,manakala MCA,Gerakan dan PCN pula akan memberi perhatian kepada kawasan majoriti pengundi cina terutamanya dikawasan 40-50% pengundi Cina.
Segala apa keputusan yang dibuat oleh DAP dan PKR berkaitan keputusan untuk tidak mengadakan PRN Pulau Pinang seperti yang diketahui umum,bukan kerana takut kehilangan banyak kerusi PKR sahaja,sebaliknya ia akan menjadi kayu pengukur sama ada selepas keputusan PRU14 DAP dan PKR boleh membentuk kerajaan negeri atau tidak.
Rakyat tidak kira dari kaum Melayu,Cina dan India kebiasannya akan memilih parti yang pasti dapat menubuhkan kerajaan negeri.
Jika PRN diadakan,kemungkinan besar kerusi DUN akan mengalami penyusutan dengan jumlah yang tinggi terutamanya dikawasan majoriti Melayu.
Menyedari hakitat itu,Guan Eng dari DAP berpakat dengan rakan sekutunya untuk tidak lakukan PRN walaupun alasan berat sebelah dengan menytakan PKR bimbang kehilangan banyak kerusi.
Kalau Benar DAP masih diterima semua kaum,mengapa Guan Eng takut membuat keputusan untuk adakan PRN?
Ini menunjukkan DAP juga akan kehilangan kerusi dalam jumlah yang membolehkan BN menubuhkan kerajaan negeri.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/takut-untuk-adakan-prn-pulau-pinang.html

No comments:
Post a Comment