Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 10 September 2016

Apa kata bakal suami Fara Fauzana...bab tak jadi kahwin



Kenyataan personaliti radio dan TV terkenal, Fara Fauzana, 36, memaklumkan perkahwinannya dengan jejaka bernama Muhamed Hafiz yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini dibatalkan tentulah mengejutkan.

Lebih mengejutkan Muhamed HafIz dakwa dia hanya mengetahui hal itu daripada pemberita.
Muhamed Hafiz berkata dia tidak ada sebarang komen.Katanya dia akan membuat kenyataan berhubung pembatalan perkahwinannya dengan personaliti radio dan TV itu dalam masa terdekat.

 “Saya enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan media yang dikeluarkan Fara."Setakat ini, saya tidak ada sebarang komen. Tunggulah sehari dua nanti. Saya pun baru tahu mengenai kenyataan media itu daripada pemberita yang menghubungi saya," katanya.

Fara atau nama penuhnya Fara Fauzana Mohd Fadzli pada 1 Ogos lalu mengadakan sidang akhbar mengenai perancangan perkahwinan yang akan berlangsung pada 17 September ini .Personaliti radio dan TV itu berkata, keputusan membatalkan perkahwinan itu dibuat atas beberapa sebab peribadi yang sukar untuk dikongsikan dengan umum.
 
Tambah Fara, keputusan itu juga dibuat selepas memikirkan perkara itu sebaik-baiknya, selain membincangkan hal berkenaan bersama kedua-dua orang tuanya."Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang pada 17 September ini dibatalkan.

 "Jujur saya akui, keputusan untuk membatalkan pernikahan ini satu keputusan yang sukar untuk saya," katanya.Bekas penyampai Hot FM itu menyifatkan perkara yang berlaku ini sebagai ketentuan Tuhan dan pasti ada hikmat yang menantinya.

Dalam pada itu, Fara turut meminta pihak media untuk memberi ruang peribadi kepadanya yang memerlukan sedikit waktu untuk menenangkan diri."Sesungguhnya saya yakin apa yang berlaku ini semuanya adalah ketentuan Allah dan tentu sekali ada hikmah yang menanti.

"Saya berharap kenyataan yang dikeluarkan ini secara tidak langsung akan menjawab pertanyaan segelintir rakan wartawan yang barangkali sudah menghidu berita ini."Ketika ini, saya harus mengakui bahawa saya sedang melalui waktu-waktu yang amat sukar dan memerlukan sedikit ruang untuk menenangkan fikiran.“  Dan saya mungkin tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan lanjut daripada rakan-rakan media," katanya lagi.

siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/09/apa-kata-bakal-suami-fara-fauzanabab.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...