Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 13 September 2016

Berdosa berunding dengan pengkhianat, PAS bidas Amanah



SHAH ALAM: Islam melarang umatnya bekerjasama dengan kumpulan pengkhianat, demikian penegasan PAS kepada Amanah yang menuduh parti itu 'berdosa' kerana enggan berunding mengenai pengagihan kerusi dalam pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Mohamad Zawawi Nik Salleh malah berkata, adalah 'berdosa' jika melakukan kerjasama bersama pengkhianat. 

Katanya, Nabi Muhammad SAW dalam sejarah perjuangan dan dakwah Islam juga tidak pernah sesekali 'memberi muka' kepada golongan yang melakukan pengkhianatan.

"Kalau kita berunding dengan pengkhianat itu berdosa. Sebab ia tidak diajar di dalam agama Islam. Malah Islam mengharamkan seseorang itu mengkhianat. Rasulullah SAW tidak pernah berunding dengan mana-mana pengkhianat.

"Bukan ketetapan pimpinan PAS, tetapi ketetapan dari agama Islam. Ia adalah dasar dan prinsip dalam Islam. Islam tidak membenarkan penganutnya beruding dengan mana-mana orang yang mengkhianat," demikian menurut Nik Zawawi kepada Antarapos, hari ini.

PAS melabel Amanah sebagai pengkhianat selepas sebahagian pemimpin dan ahlinya bertindak meninggalkan parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menubuhkan parti serpihan berkenaan.

Penegasan itu sekaligus menutup sebarang peluang untuk PAS dan Amanah saling berunding untuk memastikan pertandingan satu lawan satu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.

"Kita tidak akan berunding dengan Amanah," tegas Nik Zawawi.

Nik Zawawi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir semalam yang mendakwa PAS 'berdosa' jika tidak mahu berunding untuk mengelakkan berlakunya pertindihan kerusi.

"Dia bukan seorang ulama. Dia tidak tahu hadis, Al-Quran, tidak tahu apa," kata Nik Zawawi membidas Anuar.

Parti serpihan PAS itu menyatakan kesediaan untuk mengadakan sesi meja bulat dalam usaha meletakkan calon di kerusi-kerusi yang dilihat mempunyai potensi untuk menang.

Amanah juga mahu meletakkan calon di kerusi-kerusi yang dimenangi Pakatan Harapan (PH) meskipun ia milik tradisional PAS.

Kata Anuar, parti Islam itu tiada hak untuk mendakwa kerusi tradisional sebagai hak mutlak mereka.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/09/berdosa-berunding-dengan-pengkhianat.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...