1. Keputusan kerajaan Selangor menghapuskan diskaun 10 peratus untuk golongan Bumiputra membeli rumah mampu milik adalah cara 'halus' menghalang orang Melayu meningkatkan pemilikan perumahan di negeri ini.
2. Malah keputusan kerajaan Selangor menetapkan harga pangsapuri perkhidmatan ('service apartment') mampu milik dari RM250,000 hingga RM270,000 dibuat secara tersirat, memandangkan tidak ramai kalangan orang Melayu berkemampuan membeli rumah pada harga tersebut.
3. Manakala kenyataan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim bahawa rumah mampu milik adalah hak golongan berpendapat rendah jelas bercanggah dengan keputusannya menaikkan pendapatan siling untuk memiliki rumah mampu milik dari RM8,000 kepada RM15,000.
4. Persoalannya, adakah mereka yang bergaji RM15,000 didefinisikan sebagai golongan berpendapatan rendah dan berapa peratus orang Melayu di negeri ini yang menerima gaji setinggi itu?
5. Majoriti orang Melayu di negeri ini menerima gaji di bawah RM5,000 dan pastinya dengan harga siling rumah mampu milik ditetapkan kerajaan Selangor, tidak ramai kalangan Melayu berkemampuan membeli rumah berkenaan.
6. Dan saya cukup yakin, ramai kalangan orang Melayu sukar mendapat pinjaman perbankan untuk membeli rumah berkenaan dengan tangga gaji mereka ini, sedangkan harga rumah mampu milik pula terlalu tinggi.
7. Maka keputusan kerajaan Selangor menghapuskan diskaun 10 peratus untuk Bumiputra membeli rumah mampu milik merupakan suatu penafian kepada hak orang Melayu memiliki rumah di negeri ini.
8. Lebih menyedihkan lagi, keputusan kerajaan Selangor meningkatkan pendapatan siling kepada RM15,000 akan meningkatkan persaingan dan merendahkan lagi peluang untuk orang Melayu memiliki rumah.
9. Hakikatnya orang Melayu tidak menolak persaingan, tetapi biarlah persaingan itu adil dan tidak memberi kelebihan kepada kaum tertentu sahaja.
10. Berdasarkan keputusan dibuat kerajaan Selangor ini, timbul persoalan, adakah semua tindakan ini merupakan langkah terancang untuk menghalau Melayu kembali ke kawasan kampung?
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/hapus-diskaun-perumahan-bumiputra.html
No comments:
Post a Comment