Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday 1 September 2016

Tiada sambutan, mahasiswa demo haram nak jelajah universiti



Meskipun himpunan haram #Tangkap MO1 gagal mendapat sambutan, namun mahasiswa tetap meneruskan perancangan mereka untuk menggerakkan ‘Jelajah Tangkap MO1’ bagi menghasut mahasiswa lain.

Anis Syafiqah 1Menurut jurucakapnya, Anis Syafiqah Mohd Yusof, pihak mereka kononnya memerlukan lebih ramai lagi mahasiswa yang sedar bagi mengumpul kekuatan mereka bagi menggerakkan jelajah tersebut.

Tambah beliau, sebanyak 10 universiti terpilih akan diadakan jelajah termasuk Institut Pengajian tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Sabah dan Sarawak.

“Dengan ini kami umumkan bahawa akan diadakan Jelajah Siswa Tangkap MO1 di setiap jampus setelah bermulanya semester baru ini,” katanya pada sidang media di Bangsar, Isnin.

Anis Syafiqah 3Menurut Anis lagi, pihaknya masih berada di peringkat perbincangan bagi mendapatkan kelulusan universiti untuk membenarkan jelajah tersebut diadakan.

“Kita harap pihak universiti akan memberi kelulusan kepada kita untuk membuat jelajah.

“Kalau mereka tak benarkan, kita hanya akan adakan di universiti yang dibenarkan sahaja lah untuk membuat jelajah ini,” tambahnya.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/tiada-sambutan-mahasiswa-demo-haram-nak.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...