SHAH ALAM – Kerajaan PKR Selangor tidak melakukan inisiatif untuk membina lebih banyak rumah untuk golongan muda memiliki rumah sendiri, sebaliknya terus menekan rakyat dengan menghapuskan keistimewaan 10 peratus diskaun kepada Bumiputra.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam Datuk Mua’adzam Shah Yaakop berkata, pemansuhan diskaun kepada Bumiputra ini disifatkan untuk menjaga kepentingan politik kerajaan negeri dan meraih populariti daripada kaum bukan Bumiputra.
“Sepanjang mereka memerintah Selangor, tidak nampak inisiatif yang serius dibuat untuk menyelesaikan masalah rumah mampu milik untuk golongan muda.
“Sudahlah rumah kos sederhana dan rendah tidak mencukupi, tiba-tiba mereka mansuhkan pula diskaun 10 peratus Bumiputra untuk membeli rumah. Ini akan menyukar terutamanya golongan muda memiliki rumah dalam menyediakan wang pendahuluan yang tinggi,” katanya.
Rumah Tahfiz yang dihuni 30 orang pelajar tahfiz telah terbakar ketika azan Isyak berkumandang 2 hari lepas. Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan pihak bomba dan tiada kemalangan jiwa berlaku.
Mua’adzam Shah yang juga Setiausaha Pemuda UMNO Selangor turut menyelar Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana yang mengikut telujik DAP dan tidak melindungi keistimewaan Bumiputra di Selangor.
“Apalah salahnya 10 peratus diskaun ini diberi kepada Bumiputra. Ini adalah keistimewaan yang termaktub dalam kontrak sosial.
“Sebelum ini tidak timbul pun mengganggu hak kaum-kaum lain. Tidak ada masalah dan isu perkauman pun. Diskaun ini telah lama kita praktik dan setiap kaum tidak dinafikan hak mereka dan kita hidup dalam keadaan harmoni. Jadi kenapa dimansuhkan?
“Saya nampak kerajaan negeri cuba bermain politik dengan mencipta sentimen perkauman. Hari ini timbul isu ini dan saya nampak ada sentimen membangkitkan kemarahan bumiputra dan bukan bumiputra,” katanyaa lagi.
Sehubungan dengan itu, Mua’adzam Shah menyeru rakyat Selangor khususnya golongan muda untuk membuka mata dan menyedari bahawa Kerajaan PKR Selangor gagal dalam membela nasib dan kebajikan rakyat di negeri ini.
“Sudah tiba masanya orang muda bersatu hati untuk menolak pakatan cacamarba pada pilihan raya ke 14 nanti.
“Cukuplah mereka memerintah Selangor yang nampak hanya bermain politik sahaja sehingga mengabaikan keperluan dan kebajikan rakyat selama ini,” katanya lagi.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/09/ikut-telunjuk-pemimpinan-dappadah.html
No comments:
Post a Comment