Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 13 September 2016

Pertemuan Mahathir-Anwar bermotif politik, kata Tengku Razaleigh



GUA MUSANG: Pertemuan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan seterunya Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin lepas disifatkan mempunyai motif politik tertentu.

Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata pertemuan itu mungkin helah politik Dr Mahathir bagi menarik sokongan rakyat terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baru didaftarkan, selain cuba  menjalin kerjasama dengan parti pembangkang lain.

"Mesti ada sesuatu (pertemuan Dr Mahathir dengan Anwar). Dr Mahathir selalu buat kejutan, tetapi saya percaya pertemuan tersebut hanya demi kepentingan politik semata-mata," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO bahagian Gua Musang di Bukit Chekati di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang Datuk Nozula Mat Diah, Naib Ketua UMNO Bahagian Gua Musang Ab Aziz Yusoff, Ketua Wanita UMNO Bahagian Gua Musang Datuk Wan Hazani Wan Mohd Nor dan Ketua Pemuda UMNO bahagian Gua Musang Syeikh Razali Syeikh Hamad.

Isnin lepas, Dr Mahathir dan Anwar bertemu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semasa bekas ketua pembangkang itu memfailkan saman untuk menghentikan operasi Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) atas alasan ia tidak berperlembagaan.

Dr Mahathir memecat Anwar sebagai timbalan perdana menteri pada 1998 sebelum memecatnya daripada UMNO.

Sementara itu, Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO bahagian Gua Musang dalam ucapan penangguhan persidangan itu, mengumumkan untuk menarik balik hasratnya bersara daripada pentas politik dan menjadi wakil rakyat.

Beliau berkata keputusan itu diambil selepas persidangan itu meluluskan usul supaya beliau kekal menerajui UMNO Bahagian Gua Musang dan menjadi calon bagi mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang.

Dalam perkembangan lain, Tengku Razaleigh turut mengingatkan anggota UMNO bahagian itu supaya tidak memandang rendah keupayaan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Beliau berkata Barisan Nasional (BN) bakal berdepan saingan sengit jika pembangkang bekerjasama dan mengekalkan prinsip bertanding satu lawan satu.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/09/orang-sudah-tahu-dohhhh-madey-pertemuan.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...