Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 11 September 2016

Kebenaran perlu ambil kira semua maklumat



Ramai pihak buat kesimpulan tanpa memahami dan perolehi maklumat yang lengkap.

Masing-masing berkata mengikut perspektif mudah masing-masing. Bila diteliti pandangan, jelas ianya tidak difikirkan dengan mendalam dan membuat kesimpulan mengikut prejudis dan untuk puaskan hati sangkaan sendiri.

Permohonan DOJ masih diteliti para hakim. Pihak plaintiff terlibat belum dipanggil mahkamah untuk beri jawapan. Perbicaraan pun belum bermula. DOJ pun sudah lama berdiam.

Masing-masing sudah menghukum dulu?

Pandangan pihak kebanyakkan hanya ulang kata orang tertentu yang majoriti mereka punya agenda politik dan motivasi mengejar kuasa.

Masing-masin terlepas pandang DOJ tidak semesti betul, terbaik dan adil.

Dalam hal terbaru Loretta Lynch kantoi dalam kes email Hillary Clinton. Malah Loretta ditanya dan tak daya jawab kenapa dia ada bertemu suami Hillary, mantan President Bill Clinton.

ABITW ada menulis mengenai peguam-peguam DOJ dihukum berbohong dan menyimpan maklumat.






Dalam posting lain pula, ABITW turut mendedahkan bahawa WSJ kini akui wang derma dari pihak Saudi dan lain-lain pihak Arab.

Adakah maklumat DOJ salah atau WSJ baru sedar tuduhan mereka salah?

Mengapa kerajaan Saudi dan adik kepada Emir Abu Dhabi sedia susah payah bantu Dato Najib macam-macam?

Takkan kerajaan Islam ini bersekongkol dalam usaha penipuan?


Bukan sini nak kata DOJ tu tak betul langsung atau Najib pasti tak bersalah atau 1MDB itu sempurna tiada cacat silap.

Jika DOJ atau Amerika berkata sesuatu, mati kita. Walaupun jika mereka salah atau bohong, media antarabangsa dah kerjakan kita.

Tapi kita sebagai rakyat Malaysia perlu bijak dan jangan bodoh hingga menjadi pemusnah.

DOJ bukan maksum dan boleh silap dan lakukan kesalahan.

Jangan terlalu taksub dengan nefara penyokong Bani Israel.

Jaga kepentingan kita dan usah tertipu dengan politik dan kegilaan pigak tertentu untuk monopoli kuasa politik dan ekonomi.

Berani kerana benar.

Berani pun dengan bijak. Berani pula jangan sampai tertipu dan leka. Maka berani perlu dengan sudah ambil kira semua fakta dan maklumat

Tidaklah macam seorang yang kata saja berani kerana benar tapi sudah serba salah

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...