Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday 17 September 2016

Kita tunggu Dan Lihat



Sehingga hari ini, Muhyiddin Yassin masih belum mengulas mengenai pertemuan antara Mahathir Mohamad dengan bekas seterunya, Anwar Ibrahim di mahkamah, beberapa hari lalu.

Keadaan ini mencetuskan tanda tanya dan membangkitkan pelbagai spekulasi mengenai nasib Muhyiddin dan adakah beliau sebenarnya telah disingkirkan oleh Mahathir?.

Sebelum ini Mahathir pernah meletakkan harapan kepada Muhyiddin untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, namun kini harapan berkenaan semakin pudar.

Muhyiddin dilihat sebagai `tidak boleh diharap’ kerana tidak mempunyai akar umbi yang kuat, maka Mahathir tiada pilihan lain kecuali terpaksa menjadikan Anwar sebagai sandaran, meskipun pernah melabelnya sebagai tidak bermoral.

Anwar dilihat oleh Mahathir sebagai kononnya penyelamat terakhir dalam kempen politik berterusan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, selepas kegagalan Muhyiddin menembusi tembok kuat kepimpinan Najib.

Mahathir juga tahu Pribumi tidak boleh pergi jauh justeru beliau perlu membina jambatan dengan Anwar dan pakatan harapan dalam usaha menjayakan matlamatnya itu.

Begitu juga dengan kes perceraian Stanley Clement Agustin dan isterinya, Nika Gee Siew Yee di mana Stanley telah menuduh Muhyiddin mempunyai kaitan dengan wanita berkenaan di dalam Akuan Bersumpah (SD).

Hingga kini Muhyiddin tidak menyaman Standley atas tuduhan terbabit dan sudah tentu kontroversi berkenaan memberikan kesan kepada rancangan Mahathir untuk menyingkirkan Najib. Sebarang unsur berkait dengan skandal akan memberikan impak tidak baik kepada Pribumi memandangkan ia sebuah parti baru yang dilihat tidak akan `hidup’ lama.

Apa yang pasti, walaupun hubungan baru antara Mahathir dan Anwar ini rapuh, namun ia tetap memberikan kesan kepada Muhyiddin. Sanggupkah beliau yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri hanya menjadi `pemain’ kedua sahaja?

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/09/nanti-ada-yang-kena-kencing-dalam-hal.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...