Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday 17 September 2016

Syabasss Memang Terbaik!!!! Perkhidmatan LRT percuma 3 hari sebagai ganti



Rapid Rail Sdn Bhd akan memberi perkhidmatan percuma selama tiga hari kepada pengguna Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya bermula 13 sehingga 15 Sept berikutan gangguan perkhidmatan yang berlaku pada Rabu dan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad Datuk Azmi Abd Aziz berkata perkhidmatan percuma itu bagi perjalanan dari stesen Gombak-Putra Heights-Gombak meliputi 37 stesen.

“Bagi pihak Rapid Rail, kami ingin mohon maaf di atas kesulitan ini. Jadi, ini (tambang percuma) adalah satu daripada cara kami menghargai kesetiaan pengguna,” katanya semasa sidang media pada Jumaat.

Azmi berkata pihaknya masih menyiasat punca kejadian itu dan akan mengatasinya secepat mungkin bagi menjamin keselesaan pengguna.

“Gangguan pagi tadi adalah kesinambungan gangguan pada Rabu namun, puncanya berbeza,”jelas beliau.

LRT laluan Kelana Jaya mengalami gangguan perkhidmatan pada pagi Rabu dan kejadian sama berlaku pagi ini sehingga menyebabkan ramai pengguna kesal dan marah kerana terkandas semasa ke tempat kerja.

Mengulas insiden pengguna LRT perlu berjalan sejauh 60 meter di atas landasan LRT berhampiran stesen Datuk Keramat sehingga Stesen Damai, Azmi berkata tindakan itu perlu bagi menjamin keselamatan pengguna.

“Ini bukan kali pertama kejadian ini berlaku. Apabila tren hilang punca kuasa elektrik, akan berlaku masalah pengudaraan. Justeru itu, kita terpaksa menggunakan laluan di atas tren, yang merupakan laluan keselamatan yang direka bentuk sebagai persediaan bagi kejadian seperti ini,” katanya.

Menurutnya empat pegawai ditugaskan untuk membantu mengeluarkan penumpang daripada tren ketika kejadian itu berlaku.

Azmi berkata Rapid Rail Sdn Bhd juga akan mengemukakan laporan gangguan perkhidmatan itu kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), yang dijangka esok.

siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/09/syabasss-memang-terbaik-perkhidmatan.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...