Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday 17 September 2016

Orang luar dan sekutu politik tidak harus campur tangan – Najib



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan peringatan tegas kepada ‘orang luar’ dan sekutu politik mereka di Malaysia supaya tidak campur tangan dalam proses demokrasi negara.

Menyuarakan pandangannya yang lantang dalam ruangan akhbar utama bahasa Inggeris Thailand, Bangkok Post, bertajuk ‘Building on Thai-Malaysian links’ (membina hubungan Thai-Malaysia) beliau menekankan kepada hakikat bahawa kerajaan Malaysia adalah pilihan rakyat.

“Rakyat Thailand baru-baru ini mengundi bagi satu perlembagaan baharu. Itu hak mereka, dan orang luar tidak harus mengatakan sebaliknya.”

“Begitu juga dengan kerajaan Malaysia yang dipilih rakyat dan orang luar serta sekutu politik mereka di Malaysia tidak boleh cuba menggugat proses demokrasi ini di antara pilihan raya-pilihan raya yang diadakan,” katanya.

Menurut perdana menteri, kedua-dua negara komited untuk bekerjasama memperbaiki taraf hidup rakyat masing-masing. – BERNAMA

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/09/orang-luar-dan-sekutu-politik-tidak_11.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...