MELIHAT Mahathir & Anwar bersalam di Mahkamah buat kali pertama selepas 18 tahun, tidak sedikit pun mengganggu penulis. Dalam hal ini, yang ternampak bodoh sepanjang hayat bukan 2 orang ini pun tapi kedua penyokong masing-masing. Malam ini entah berapa ramai tidur sambil menjilat ludah sendiri, penulis tak tahu tapi penulis yakin Mahathir baik, Anwar baik, keduanya tidur lena.
Begitupun, agak malang bagi yang sudah meninggal dunia dengan kepercayaan Anwar ini seorang peliwat seperti kata Mahathir dan agak malang juga kepada mereka yang telah meninggal dunia dengan kepercayaan Mahathir seorang yang zalim seperti kata Anwar. Syukur penulis bukan penyokong kedua-duanya.
Tapi yang lebih penting sekarang ialah, setelah aksi tengahari tadi, apa agaknya yang akan berlaku selepas ini?
Mahathir, seperti yang semua orang tahu, dalam mode ‘cuci tangan’. Semua yang kontroversi zaman dia, bukan dia puncanya tapi orang lain. Pecat Ketua Hakim bukan dia, penjara orang bawah ISA bukan dia, kegawatan ekonomi 1997 bukan dia, puluh billion duit hilang meniaga forex bukan dia, semua bukan dialah.
Justeru, apakah mungkin dalam soal dia memecat Anwar kerana dakwaan salah laku seks tahun 1998 dulu pun, Mahathir akan kata bukan dia jugak? Kita semua tahu Anwar cukup anti dengan Daim, pernah Anwar dipetik sebagai berkata sudah maafkan Mahathir tapi belum maafkan Daim.
Mungkinkah Daim akan jadi pilihan Mahathir untuk dipersalahkan?
Ini tak mustahil, percayalah, selepas siang tadi, dengan Mahathir apa pun tak mustahil. Cakap dia apa pun tak boleh pakai dah sekarang. Dia attack Najib samalah macam dia attack Anwar dulu, isunya berbeza tapi caranya itu juga – bunuh karekter habis-habisan, tapi diakhirnya, macam yang kita semua lihat tengahari tadilah.
Takde prinsip langsung. Maruah jangan tanyalah, memang completely tak ada. Tak tahu jenis pemimpin apa yang cakapnya tak boleh dipakai, perbuatannya tak boleh diikut?
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/09/mahathir-nak-salahkan-siapa-pulak-bab.html
No comments:
Post a Comment