Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 13 September 2016

Tarikh Pilihanraya Umum ke-14 Malaysia


Ceritanya bermula dengan desas-desus yang mengatakan bahawa PRU14 bakal di adakan pada awal tahun 2017 dan bukannya pada tahun 2018. Perkara ini dibangkitkan oleh beberapa pemimpin Pembangkang dan dilaporkan dalam portal pro-pembangkang.




Mereka meramalkan PRU14 akan diadakan pada bulan Mac 2017. Ada juga yang meramalkannya akan diadakan pada bulan Julai 2017 selepas Hari Raya Aidil Fitri. Ada juga yang mengaitkannya dengan tarikh pembebasan Anwar Ibrahim yang sekarang ini bermastautin dalam Penjara Sungai Buloh setelah dihukum penjara 5 tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya.

Mahkamah menjatuhkan hukuman tersebut pada Februari 2015. Dan Anwar mungkin akan keluar kira-kira pada pertengahan tahun 2018 jika 'berkelakuan baik'.

Yang terbaru ialah mereka juga mengaitkannya dengan parti baharu Mahathir-Muhyiddin (PPBM). Mereka berpendapat bahawa kerajaan BN akan mempercepatkan Pilihanraya Umum supaya parti PPBM tidak sempat disusun dan diperkuatkan. MiM pula menjangkakan Tun Mahathir akan bertanding pada PRU kali ini. Kerusi Parlimen yang akan ditandingi beliau pula adalah kawasan kontroversi yang akan mengejutkan ramai pihak. He has nothing to lose.

Tetapi dalam masa yang sama, Rafizi Ramli PKR telah merasa bimbang. Rafizi bimbang parti-parti pembangkang tidak dapat menyelesaikan pelbagai perbezaan di antara mereka terutamanya pembahagian kerusi yang akan dipertandingi kelak. Beliau berkata rundingan kerusi perlu dimuktamadkan pada bulan Disember ini.

"Jika ia melepasi bulan Disember, orang ramai akan bosan dan pastinya isu seperti ini tidak akan memberi kelebihan kepada kami." kata Rafizi.

Rakyat memang sudah bosan dengan Pembangkang dan pembahagian kerusi sesama pembangkang pasti akan menimbulkan satu lagi sandiwara politik murahan pembangkang kelak. Sekarang pun sudah ada bukti-bukti kukuh yang menunjukkan pembangkang akan bertelagah sesama sendiri tentang pembahagian kerusi ini.

PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan 3 penjuru disebabkan parti-parti pembangkang tidak dapat berkompromi sesama mereka. Bukan itu sahaja, Pakatan Harapan malu besar dan ternyata memperbodoh-bodohkan rakyat apabila PKR dan DAP tidak sehaluan dan bertembung sesama sendiri di 6 kawasan DUN pada pilihanraya negeri Sarawak yang lepas.

PKR kalah di 37 kerusi DUN dan parti cauvinis DAP pula kalah di 24 kerusi DUN. Bukan itu sahaja, 10 daripada 40 calon PKR dan 7 daripada calon DAP telah hilang wang deposit mereka.

Manakala, 9 daripada 13 calon parti PAN dan 7 daripada 11 calon PAS juga hilang wang deposit mereka.

Dan dengan wujudnya satu lagi parti baharu PPBM, maka akan bertambah celaru puak pembangkang ini, ditambah dengan sikap tamak haloba parti cauvinis DAP yang tidak sanggup berkorban kerusi DUN untuk PKR hinggakan pilihanraya mengejut negeri Pulau Pinang yang dicadangkan oleh Lim Guan Eng DAP tidak dapat dilaksanakan.

MiM menjangkakan bahawa pertelingkahan dan perebutan kerusi sesama pembangkang akan berlarutan hingga ke hari penamaan calon PRU-14 nanti.

Dan kepada sesiapa yang masih mahu membuat jangkaan tentang tarikh Pilihanraya Umum ke-14, anda boleh rujuk kalendar tahun 2017 di bawah:



No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...