Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 13 September 2016

PAS ingatkan Mahathir tidak buat 'sifir mudah'



SHAH ALAM: PAS membidas dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya keengganan parti itu bergabung dalam satu pakatan pembangkang sebagai membantu kemenangan 'percuma' kepada Umno-Barisan Nasional (BN).

Naib Presidennya, Idris Ahmad menegaskan PAS kekal berperanan sebagai parti pembangkang meskipun tidak menyertai Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai PKR, DAP dan Amanah.

"Jangan (buat) sifir mudah begitu. Jika tak bergabung dengan mereka, kononnya kita (sokong) Umno. Kita pembangkang. Pembangkang sebagai pembangkanglah.

"Kami pun boleh tuduh anda, anda masih sayangkan Umno," demikian ujarnya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa mana-mana parti dalam kalangan pembangkang yang enggan bergabung dengan parti-parti pembangkang yang lain di bawah satu pakatan, ia sebenarnya 'bekerja' untuk Umno-BN.

Ini katanya, apabila wujud pertandingan tiga penjuru, peluang untuk Umno-BN menang adalah sangat tinggi sekaligus mengekalkan kedudukannya sebagai kerajaan.

Mahathir juga menambah kegagalan pembangkang untuk bersatu menyebabkan mereka gagal menjatuhkan Umno-BN sejak 59 tahun dahulu.

Dalam pada itu Idris menegaskan PAS kekal dengan kerjasamanya dalam Blok Politik Ketiga bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

Ditanya apakah kritikan Mahathir itu akan menyebabkan PAS memikirkan keperluan bersama PH, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu bagaimanapun berkata hal itu memerlukan kesepakatan semua pihak di dalam PAS.

"Esok, lusa kita tidak tahu. Politik ini seni, fleksibel," katanya.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/09/pas-ingatkan-mahathir-tidak-buat-sifir.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...