Mereka kata Dato Seri Najib Tun Razak kini menjadi buruan FBI, CIA, DOJ dan perlbagai agensi keselamatan dan perundangan dunia kerana terlibat dengan kes salah laku serta pecah amanah yang melibatkan berbillion ringgit duit rakyat Malaysia hilang dari poket mereka.
Hari-hari kita dihidangkan dengan isu kehilangan wang negara kerana rompakkan yang di lakukan oleh Najib, malah keluarga Najib juga dikaitkan dengan kehilangan wang negara, termasuk anak tiri beliau yang memang tak ada kena mengena lansung dengan Dato’ Seri Najib, tetapi disebabkan hendak memalukan maka mereka kaitkan Riza Aziz atau nama sebenarnya Riza Shahriz Abd. Aziz anak kepada Abd. Aziz Bin Nong Chik suami pertama kepada Datin Seri Rosmah Mansur.
Jadi kenapa nak kaitkan dengan Dato’ Seri Najib, tak ada tujuan lain sekadar mahu menumpang pupulariti dan mahu memalukan Dato’ Seri Najib itu sahaja, asal boleh di kaitkan dengan Najib maka tanpa berfikir jauh mereka akan gunakan, dan pembangkang akan seronok menjadi penyebar, dan rakyat semaking menjadi bongok bile senang-senang di gula-gulakan.
Malah Husam Musa dan Matthias Chang pernah mengunakan makamah di Amerika untuk memfailkan saman menuntut Riza Aziz untuk memulangkan semula wang negara yang kononnya mereka curi dan sedang dibekukan oleh Amerika, senang-senang jer mereka jual nama Amerika.
Mereka mendakwa, tujuan mereka hanya mahu membawa pulang wang yang telah dilesapkan oleh mereka yang dipercayai ada hubung kait dengan 1MDB serta mengaitkan dengan Dato’ Seri Najib sebagai ‘The Malaysian Official 1′ (MO1) seperti yang di baca oleh The Department of Justice (DOJ).
Tetapi dimaklumkan Husam dan Matthias telah membatalkan saman mereka dan tindakan ini tidak diketahui punca dan sebab musababnya, mungkin mereka berdua telah memahami bahawa tiada wang negara yang hilang atau dicuri, kerana sahingga hari ini tiada laporan yang dibuat oleh kerajaan di atas kehilangan wang negara, dan pihak 1MDB juga tidak melaporkan kepada pihak polis akan kehilangan wang syarikat mereka,
Malah belum ada seorang pun rakyat Malaysia yang membuat laporan polis berhubung kehilangan wang gaji atau simpanan mereka, tetapi yang nyata kemasukkan wang BR1M pemberian kerajaan ada dicatatkan didalam akaun bank mereka, perkara itu sebenarnya lebih memeranjatkan mereka.
Nampak sangat tindakkan mereka yang mahu mengaitkan apa sahaja asal dapat memburukkan nama Dato’ Seri Najib akan mereka lakukan walaupun tiada kaitan asal ada sahaja berbau Najib mereka akan usahakan agar ianya menampakan benar-benar Najib berada dilama cerita itu.
Nasib baik isu Ananda Krisnan tidak boleh di kaitkan dengan Najib, jika tidak sudah pasti mereka gunakan, itu pun gara-gara Ananda dikenali sebagai kawan baik Tun Mahathir yang kini menjadi seteru politik Najib, jika tidak sudah pasti nama Najib akan di kaitkan sebagai membantu Ananda melarikan wang dan polis India sedang memburu Dato’ Seri Najib.
Melalui siaran berita petikan dari portal bloomberg.com semalam melaporkan bahawa makamah di India melalui Biro Penyiasatan India atau The Central Bureau of Investigation (CBI) telah mengeluarkan awaran tangkap terhadap jutawan dari Malaysia Ananda Krisnan berkaitan dengan siasatan aduan rasuah dan pengubalan wang haram dalam pengendalian lesen telekomunikasi.
Dalam kalut memburu MO1 rupanya sahabat baik Mahathir yang menjadi jadi buruan polis dunia bukannya Dato’ Seri Najib, kita tak tahu siapa sebenarnya yang membawa lari duit negara.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/09/anda-tahu-siapa-bawa-lari-duit-negara.html
No comments:
Post a Comment