Ahli Dewan Undangan Negeri (DAP) Lau Weng San meminta polis menahan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos serta-merta.
Ia adalah kerana dikatakan ada berlaku pergelutan antara kumpulan Bersih dan kumpulan yang bersama Jamal yang juga dikenali sebagai kumpulan Gerakan Baju Merah di Teluk Intan selepas mereka dikatakan cuba merampas kain rentang berkaitan Bersih.
Lau mahu polis segera mengambil tindakan ke atas Jamal seperti apa yang dilakukan kepada pembangkang.
“Ia adalah jelas bahawa orang-orang yang sengaja mencetuskan huru-hara dan kekacauan adalah Baju Merah yang diketuai oleh Jamal.
“Saya menggesa pihak polis untuk mengambil tindakan segera dengan menyiasat dan menangkap Baju Merah yang diketuai oleh Jamal Yunos seperti yang berlaku dalam siasatan berkaitan ‘salah laku’ pembangkang,” kata Lau dalam satu kenyataan media.
Menurutnya, polis tidak boleh dilihat berat sebelah apabila melibatkan kes individu dari parti pemerintah.
Lau berkata, sebelum terjadinya pergaduhan di Teluk Intan, dia mendakwa sekumpulan penyokong Baju Merah yang bersekongkol juga telah menyerang konvoi Bersih di Lumut.
Lau mengkritik polis kerana dikatakan tidak bertindak pantas ketika berada di tempat kejadian.
“Mereka (polis) dilihat terpaku dalam kedudukan mereka dan tidak mengambil tindakan pencegahan atau menahan sesiapa,” katanya.
Nampaknya, Lau juga tidak sedar apabila kumpulan pro-Bersih kerap melanggar banyak undang-undang negara dan menyusahkan orang ramai ketika hadir ke perhimpunan haram itu pada setiap kali edisi.
Menjadikan lalu lintas sesak teruk, berjalan dan melaungkan slogan anti-kerajaan dan menghasut orang ramai untuk turut sama membenci kerajaan adalah lebih teruk dan ia hanya akan membuatkan orang ramai menjadi lebih marah seperti apa yang dirasakan oleh kumpulan Jamal.
Apapun, elok biarkan pihak polis menjalankan siasatan mereka untuk mengenalpasti secara betul apa yang terjadi dalam kes berkenaan.
Tindakan Lau hanya menghangatkan lagi spekulasi kes ini dan tidak membantu pun dalam menyelesaikan kes kerana pada November, Bersih akan diadakan lagi dan yang akan bertugas bersungguh-sungguh memastikan keadaan semasa perhimpunan haram itu selamat ia siapa lagi kalau bukan pihak polis.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/10/bila-dap-marah-gerakan-baju-merah.html
No comments:
Post a Comment