Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 5 October 2016

Keputusan PAS Tak Sertai Bersih 5 Sudah Dijangka - Maria Chin



PETALING JAYA: Keputusan PAS untuk tidak menyertai Bersih 5 sememangnya sudah dijangka, kata penganjur perhimpunan itu.

"Kami hormati keputusan PAS dan kami maklum mengenainya lebih awal.

"Perhimpunan akan berlangsung seperti biasa dan bukan PAS atau pihak lain untuk membuat keputusan untuk kami," kata Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah.

Mengenai sama ada tindakan PAS itu akan menyebabkan kejadian pada Bersih 4 pada Ogos 2015 berulang, di mana majoriti peserta Cina hadir, Maria berkata, ia bukan alasan.

Beliau bekata, konvoi Bersih 5.0 juga berharap pemimpin dan ahli Parti Peribumi Bersatu Malaysia akan menyokong perhimpunan pada 19 November nanti.

Maria juga menolak kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed supaya Bersih membatalkan rancangan mengadakan perhimpunan itu.

"Maklumbalas yang diterima untuk perhimpunan kali ini adalah baik sekali," katanya.

Pada Ahad, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu tidak akan menyertai Bersih 5 kerana ada objektif program itu yang tidak seiring dengan pendirian parti itu.

Bagaimanapun, kata Takiyuddin, PAS tidak mengeluarkan sebarang arahan melarang ahlinya menyertai perhimpunan itu.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/10/keputusan-pas-tak-sertai-bersih-5-sudah.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...