Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 8 October 2016

Jangan Aniaya Peminjam PTPTN - Idris Jusoh


KUALA TERENGGANU: Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh memberi amaran keras kepada pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) agar tidak menganiayai mana-mana peminjam dalam usaha mengutip semula hutang pinjaman daripada peminjam.
Bagaimanapun beliau berkata peminjam perlu berbincang terlebih dahulu dengan pihak PTPTN bagi mencari kaedah terbaik atau menstruktur semula pijaman mereka agar bayaran balik dapat dibuat tanpa berlaku sebarang penganiayaan.
Beliau berkata menurut kajian, para peminjam yang gagal membayar balik hutang PTPTN, bukan dalam kalangan peminjam yang tidak mempunyai wang, tetapi mereka terikat dengan pembayaran pinjaman lain seperti ansuran rumah, kereta atau pinjaman peribadi.
"Apa yang penting, kalau kita berhutang mesti kena bayar. Jadi kepada peminjam jika tidak mampu bayar, jumpa pihak PTPTN terlebih dahulu bagi berbincang semula penstrukturan semula pinjaman berkenaan.
"Saya telah arahkan kepada PTPTN jangan aniaya sesiapa pun (peminjam). Kalau ada mana-mana peminjam yang rasa dianiaya, boleh datang jumpa saya secara peribadi dan bagi maklumat lengkap pihak PTPTN yang melakukan perkara tersebut," katanya.
Idris berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan 'The 18th International Conference For University Administration 2016' anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, Ahad.
Persidangan selama tiga hari bermula semalam itu turut dihadiri 336 peserta termasuk dari Brunei dan Yaman.
Antara panel yang hadir memberi ceramah termasuk Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Tan Sri Dr Ahmad Zaidee Laidin, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Asma Ismail dan Pengarah Institut Kepimpinan Pendidikan Prof Dr Alma Harris.
Idris dalam pada itu turut menarik perhatian kepada para peminjam agar membudayakan sikap 'pinjam dan bayar balik' bagi memastikan mereka tidak menghadapi kesulitan dengan pihak yang memberi pinjaman.
Katanya, sejak PTPTN menggunakan pelbagai kaedah pembayaran balik pinjaman termasuk menerusi potongan gaji secara bulanan, jumlah kutipan balik pinjaman itu semakin meningkat.
"Malah, sasaran PTPTN untuk capai kutipan RM2 bilion tahun ini sudahpun tercapai dan kami jangka sehingga akhir tahun ini jumlah kutipan tersebut akan meningkat sehingga RM3 bilion.
"Ini menunjukkan para peminjam semakin sedar tanggungjawab mereka dan budaya ini harus diaplikasi dalam kalangan peminjam yang lain," katanya.- Bersama
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/09/jangan-aniaya-peminjam-ptptn-idris-jusoh.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...