Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 8 October 2016

WhatsApp boleh beri kesan negatif?



SEJAK aplikasi WhatsApp menjadi 'trend' penggunaannya dalam masyarakat, pelbagai kisah yang telah disoroti sama ada baik mahupun buruk.

Kalau diteliti, boleh dikatakan penggunaan aplikasi ini lebih banyak keburukan sepertimana yang dipaparkan di media.

Antaranya, menurut Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk/Imam Kariah Taman Keladi, Abidin Hasan dipetik sebagai berkata, WhatsApp boleh menjadi punca keruntuhan rumah tangga.

Ujar Abidin, pernah suatu ketika ada pasangan datang kepadanya mengakui WhatsApp menjadi punca mereka berpisah.

"Situasi ini melibatkan isteri yang menyedari suaminya menjalinkan hubungan dengan wanita lain menerusi kiriman WhatsApp yang turut disulam dengan ayat-ayat cinta dan kemesraan," katanya.

Sementara itu, di Kangar dilaporkan seorang penganggur telah merantai leher isterinya yang terlalu leka menggunakan aplikasi WhatsApp.

Penganggur tersebut, Mohd Hamdan merantai leher Junifawin Dasari, dengan rantai besi pada kira-kira jam 10 pagi kerana didakwa leka bermain aplikasiWhatsApp sehingga mengabaikan kerja rumah.

Isterinya, bagaimanapun, lari ke balai polis dengan rantai besi di leher dan membuat laporan.

Mereka berkahwin empat tahun lalu dan mempunyai dua orang anak.

Dalam pada itu, menurut Senator Datuk Mariany Mohammad Yit pengunaan aplikasi media sosial seperti grup WhatsApp sebagai saluran komunikasi di jabatan kerajaan dikhuatiri menjejaskan psikologi penjawat awam

Katanya, terdapat rungutan oleh kelompok penjawat awam yang mendakwa penggunaan aplikasi sosial itu turut menjejaskan kualiti masa bersama keluarga dan waktu rehat mereka.

Dalam kes di luar negara pula, kumpulan militan Daesh turut didakwa memperdagangkan wanita dan kanak-kanak sebagai hamba seks menerusi aplikasi sosial WhatsApp.

Menurut laporan Metro.co.uk., sehingga kini, IS dikatakan telah memperdagangkan sehingga 3,000 mangsa.

Walau bagaimanapun aplikasi ini juga mempunyai kebaikan yang tidak disedari ramai pihak, antaranya penggunaan WhatsApp telah berjaya menyelamatkan tiga mangsa yang sesat hampir dua jam selepas mendaki Bukit Tabur, Taman Melawati pada Disember 2015.

Memetik kenyataan, Pemangku Penyelia Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Mohd Azmi Abdul Latiff berkata, kesemua mangsa berusia 22 tahun itu terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berjaya menemui jalan keluar di Kemensah, Hulu Klang  setelah berhubung melalui aplikasiWhatsApp selepas sesat di lokasi berkenaan.

Dalam pada itu WhatsApp juga menjadi penghubung silaturahim, antaranya usaha 36 rakan yang menjadikan aplikasi WhatsApp sebagai penghubung mereka menjalinkan silaturahim sehingga berjaya bermuafakat sesama mereka untuk menyediakan juadah berbuka puasa untuk lima rumah anak yatim melibatkan 282 penghuni di sekitar Kuantan.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/09/whatsapp-boleh-beri-kesan-negatif.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...