Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 8 October 2016

MEDIA BARAT PUN TAHU MAHATHIR KAKI KELENTONG



Selama perang cubaan rampasan kuasa antara Tun Mahathir dan DS Najib, boleh lah di buat rumusan bahawa Mahathir sebenar nya sudah tewas banyak kali.

Ini boleh dijelaskan dengan Mahathir terpaksa membayar dengan jumlah upah yang amat lumayan kepada pihak media barat untuk menggunakan wartawan serong mereka untuk membuat cerita sensasi berkenaan hal hal 1MDB.

Boleh dikatakan pelik juga dengan pendirian Mahathir ini, kerana satu waktu dahulu Media barat lah yang dimusuhi nya.

Berdekad dekad Mahathir mendidik rakyat Malaysia untuk membenci laporan media barat  ketika dia menjadi Perdana Menteri , namun berakhir dengan Mahathir sendiri menjadi pelanggan mereka dan mengunakan mereka untuk menyerang negara dan parti sendiri.

Terkini , apabila The Economist dengan tajuk –

17.9.2016

Mahathir Mohamad

Can a leopard change its spots?

A former prime minister seeks to topple the party that brought him to power.
Tajuk yang begitu sinikal dan perli itu, jelas menunjukkan mereka pun sudah lama faham siapa itu Tun Mahathir.

“Party that brought him to power” kenyataan yang pasti sekali amat pedas untuk ditelan oleh Pro-Tun dan pentaksub yang sewaktu dengannya.

Lebih tepat “tidak kenang budi” itu lah maksud yang hendak disampaikan.

Selain itu persoalan pada tajuk media barat ini yang bermaksud yang “loose translation” nya bermaksud “ boleh kah harimau menanggalkan belang nya?” menjadi persoalan tungak kepada keperibadian Mahathir yang jelas terlihat oleh semua orang, melainkan pentaksub nya.

The Economist juga turut tempelak Mahathir kerana cubaan menjatuhkan pengganti nya Abdullah Badawi.

Mereka melihat Mahathir sebagai tidak boleh duduk diam dan sentiasa mencari alasan untuk menjatuhkan Perdana Menteri selepas nya.

Mungkin akhbar The Economist ini tidak dapat secukup maklumat berkenaan usaha Mahathir mahu menjatuhkan semua Perdana Menteri selepas nya ,sebelum mereka nikmati penggal kedua.

Sedang ramai pihak dari dalam negara  sudah mengetahui nya , ia itu Mahathir sudah merencana  mahu kuasa untuk anak nya di waktu sekitar tahun 2020 sambil mencengkam para kroni dan proksi yang menjadi pemegang dana nya secara sulit.

Hanya dengan menjamin dia masih ada aura kuasa dan bakal berjaya menaikan zuriat nya berkuasa sahaja boleh menambat dan menakutkan proksi yang engkar yang memegang dana sulitnya.

Raja Petra Kamaruddin dalam tulisan nya estimate Mahathir bakal kehilangan sejumlah 100 Billion jika beliau gagal menaikan anaknya menjadi Perdana Menteri untuk menakutkan kroni dan proksi degil.

Pada beberapa tahun lalu, akhbar The South China Morning Post juga ada memerli Mahathir dengan wartawan nya bertanya “tidak kah anda sebenarnya melanggar janji anda sendiri satu waktu dulu untuk tidak mengganggu pengganti anda?’.

Dan Tun Mahathir pun menjawap dengan segala kelebihan memutar belit yang ada pada diri nya.

Jika Mahathir mewakili orang melayu, maka malu lah melayu mendapati pemimpin tidak amanah pada janji nya, jika Mahathir mewakili Islam, maka orang Islam boleh dilihat sebagai suka berbohong sepertimana Mahathir berbohong.

Maka, apa yang pasti , dalam Mahathir dan kuncu membayar ratusan juta kepada media barat untuk memainkan isu 1MDB, Jh Low dan macam macam isu sensasi untuk menyerang Ds Najib, namun dalam tidak semena tanpa  satu sen dibayar  ada media barat yang masih kenal dan ingat apa yang Mahathir pernah buat dan cakap.

Kini , mereka sudah mula perosal tindakan Mahathir, jika pentaksub Tun Mahathir amat memuja hadis dan fatwa dari SR dan WSJ, tentu mereka tiada sebab untuk menolak hadis dan fatwa yang sama dari media barat yang tidak sempat Tun Mahathir upah.

Paling nyata sekali dalam isu ini adalah , betapa mereka amat kenal dan tahu siapa Mahathir ini, tidak lain dan tidak bukan, kaki kelentong yang sama dulu pernah memerintah.

Itu sebab mereka menulis rangkap ini – “The former prime minister still has many fans in Malaysia, including among young ethnic Malays who have little memory of his time in power.”

Mereka faham generasi muda macam Syed Sadiq sahaja boleh menjadi lauk Tun M, kerana mereka masih berbentuk sperma ketika idola mereka membuat onar.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/09/media-barat-pun-tahu-mahathir-kaki.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...