Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 8 October 2016

Mengapa pemimpin Melayu pembangkang berdiam diri isu Jeff Ooi...?



Rata-rata rakyat Malaysia kesal dengan sikap pemimpin DAP Jeff Ooi yang menghina pemergian Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din, namun hairan bin ajaib mana komen pemimpin-pemimpin Melayu pembangkang...?

Yang dok belasah Jeff Ooi dan DAP kiri kanan hanyalah pemimpin PAS dan UMNO, sedangkan dalam DAP dan PKR juga ada pemimpin Melayu.

Apa sudah jadi...?

Bagi ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beliau kesal dengan sikap segelintir pemimpin Melayu pakatan pembangkang yang berdiam diri berhubung isu tersebut.

Menurutnya tindakan mereka 'mengunci mulut' berhubung isu berkenaan jelas menunjukkan mereka tidak berani untuk menegur tindakan salah melibatkan pemimpin DAP.

"Orang Islam jadi begitu sensitif kerana mereka anggap penghinaan itu bukan setakat penghinaan kepada Allahyarham Haron tetapi tidak menghormati Islam dan menghina orang Islam secara keseluruhan.

"Banyak laporan polis dibuat oleh anggota UMNO (sendiri), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya tetapi kita tak dengar satu kenyataan pun daripada pemimpin Melayu pembangkang yang lain," katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO bahagian Machang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Machang di sini, malam Rabu.

Hadir sama Ketua UMNO bahagian Machang yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Hanafi Mamat.

Ismail Sabri mengulas mengenai kenyataan biadab anggota Parlimen Jelutong itu menghina pemergian Allahyarham Haron menerusi twitternya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengucapkan tahniah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertindak tegas dengan memanggil Ooi untuk memberi keterangan berhubung tindakannya itu.

Beliau berkata tindakan itu tepat pada masanya bagi mengelakkan perkara lebih buruk terutama melibatkan keselamatan negara daripada berlaku pada masa akan datang.

"Mereka (pembangkang) tak boleh mengambil ringan tentang perasaan orang Melayu dan Islam dalam negara kita. Mereka tak boleh sesuka hati kalau mereka rasa nak hina, mereka hina kerana jika dibiarkan, akhirnya mungkin akan berlaku sesuatu yang kita tak nak lihat," katanya.

Haron meninggal dunia pada 16 Sept lepas semasa mendapatkan rawatan di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/09/mengapa-pemimpin-melayu-pembangkang.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...