Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 5 October 2016

Pengkhianat lebih layak dipanggil PAN, bukan Amanah: Muslimat PAS Selangor


SUNGAI BESAR – Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan berkata, parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN) tidak layak dipanggil ‘Amanah’ sebaliknya lebih layak dipanggil PAN.

Menurutnya, parti itu telah mengkhianati perjuangan ketika bersama PAS sebelum ini.

“Kenapa perlu sebut Amanah? Mereka khianati perjuangan sebelum tubuhkan parti PAN, mereka bongkarkan kerahsiaan parti PAS dengan melarikan kerusi-kerusi yang mereka tandingi atas tiket PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

“Tak layak panggil Amanah. Kalau ada ‘mata-mata’ PAN di sini balik dan beritahu sendiri bos masing-masing sebab apa nak panggil Amanah?” katanya dalam ceramah di Kelimpok di sini, malam tadi.

Beliau turut mencabar parti itu untuk mengosongkan kerusi PAS yang dibawa lari oleh beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang kini bernaung di bawah PAN dan bertanding di atas tiket PAN.

“Buktikan kalau betul-betul mereka ‘amanah’ kosongkan kerusi tersebut dan bertanding atas tiket PAN. Kalau menang bererti rakyat betul-betul sokong mereka dan inginkan mereka terajui kerusi tersebut.

“Tapi bawa lari kerusi atas tiket PAS dan tengok sama ada rakyat sokong mereka disebabkan mereka ambil kerusi ADUN dan Parlimen yang ada sekarang ini, itu tidak amanah,” katanya.

Kerusi itu adalah di Parlimen Sepang, Parlimen Kota Raja, Shah Alam serta kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang dan Morib.

-Ismaweb

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/10/pengkhianat-lebih-layak-dipanggil-pan.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...