Sejak beberapa hari lalu tersebar di aplikasi Whatsapp mengenai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang sedang giat mencari ahli baru. Sasarannya adalah untuk mendapatkan seramai 5 juta ahli sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14 ini.
Fokus PPBM adalah mencari 500,000 ahli dalam masa tiga bulan, untuk menumbangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Memang tinggi hasrat PPBM ini, yang baru ditubuhkan pada 9 Ogos lalu dan diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 8 September lepas.
Belum sampai tiga bulan namun sudah mahu mencari 500,000 ahli. Harap-harap keanggotaannya kelak tidak akan menjadi kontroversi seperti yang melanda Deklarasi Rakyat, yang dilancarkan pada 4 Mac lalu kononnya untuk menyelamatkan Malaysia.
Kalau anda ingat, selepas Deklarasi Rakyat dilancarkan, ia menetapkan matlamat untuk mendapatkan sejuta tandatangan.
Namun malangnya tidak lama kemudian, seorang pengatur cara komputer bebas telah membuat sidang media mengaku terlibat dengan urus niaga menjual pangkalan data penduduk negara ini bagi mendapatkan 1.2 juta tandatangan untuk keperluan projek Deklarasi Rakyat yang digerakkan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pakatan pembangkang.
Dan selepas dua bulan Deklarasi Rakyat itu dilancarkan, selain matlamatnya untuk menyatakan rasa tidak setuju kepada Perdana Menteri, hala tuju yang lain tidak jelas.
Malah banyak pihak berbalah kerana Tun Mahathir hinggakan pakatan harapan sendiri berbelah-bagi terhadapnya. Mereka diperkudakan oleh Mahathir demi untuk kepentingan peribadi semata-mata.
Bagi yang tidak sukakan Mahathir, mereka tidak berminat menyokong deklarasi berkenaan dan membuat bantahan.
Selepas Tun Mahathir mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim, ternyata ia tidak memberikan impak. Malahan Seri Paduka melalui kenyataan kepada Perdana Menteri menegaskan tidak mahu mencampuri usaha Parti Pribumi dan menyifatkan Deklarasi Rakyat tidak mengikut Perlembagaan.
Ia nyata mengejutkan Mahathir. Jika jumlah ketulenan tandatangan dalam Deklarasi Rakyat itu boleh dipertikaikan dan tidak diyakini, apatah lagi ahli dalam PPBM. Tentu ia juga akan jadi bahan pertikaian.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/09/satu-demi-satu-percaturan-tun-mahathir.html
No comments:
Post a Comment