Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 8 October 2016

PM jawab pasal spekulasi nak adakan pilihanraya umum awal...



Spekulasi tetap spekulasi.Sebenarnya Datuk Seri Najib Tun  Razak sudah beberapa kali membayangkan kerajaan pimpinannya akan terus perintah sehingga tamat tempoh mandat Barisan Nasional pada tahun 2018.

Ini bermakna beliau tidak berhajat untuk adakan pilihanraya umum mengejut.

Kebelakangan ini terus berlegar spekulasi kononnya Perdana Menteri sedang berkira-kira hendak buat kejutan adakan pilihanraya awal.

Kononnya ini untuk ambil kesempatan cacamarba dalam pakatan pembangkang khususnya selepas PAS ditendang keluar dari Pakatan Harapan.

Selain itu faktor kemungkinan suasana ekonomi suram pada tahun 2017.

Kalau ikut khabar disebar oleh Tukang Karut politik pilihanraya umum mengejut mungkin diadakan seawal Mac 2017.

Pilihanraya umum ke 13 diadakan pada Mac 2013.

Mandat kerajaan BN untuk penggal ini akan berakhir sekitar Jun 2018.

Soalnya apakah spekulasi yang berlegar itu ada asasnya.

Terbaru…Perdana Menteri nampaknya tetap konsisten dengan pendiriannya mengenai soal pilihanraya umum.

Bercakap dalam sidang akhbar di Berlin,Jerman Selasa dimana beliau sedang adakan lawatan rasmi, Naib menolak spekulasi pilihanraya umum akan diadakan sebelum tempoh mandat BN berakhir 2018.

Katanya beliau menolak adakan pilihanraya awal sebelum tempoh mandat berakhir.

Agensi berita Reuters memetik beliau sebagai berkata sesuatu keputusan tidak boleh dibuat berasaskan satu faktor sahaja.

Katanya BN mempunyai rekod yang baik dan akan terus beritahu rakyat bahawa kerajaan BN adalah masih pilihan terbaik.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/09/pm-jawab-pasal-spekulasi-nak-adakan.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...